suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, August 02, 2009

Berpuluh ribu cuba, hanya seorang yang berjaya



Ketika beribu-ribu orang yang turun kejalan dalam kempen Gerakan Mansuhkan ISA terpaksa menempuh kesakitan dan kepedihan akibat terkena bom gas dan meriam air untuk ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum, seorang lelaki telah berjaya mengelak semua halangan itu bersendirian dan sampai ke Istana Negara dan berjaya menyampaikan satu memorandum yang menyokong ISA.

Penyokong ISA, Mohd.Khiarul Azam Abd Aziz berkata, dia berjaya sebab dia bekerja dan bergerak secara berseorangan.
"Saya masih sempat lagi menjamu durian ditepi jalan, minum teh petang dan juga berhenti banyak kali untuk sesi menghisap rokok ketika berjalan dari Central Market ke Istana Negara.

"Mereka yang menentang ISA bergerak didalam kumpulan yang besar, jadi sudah tentulah mereka terpaksa berhadapan dengan halangan daripada pihak berkuasa," kata Khiarul.

Khiarul yang mewakili MAGARAN (Majlis Gabungan NGO Pembela Negara) perlu menghantar memorandum lapan muka surat yang menyokong ISA kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Khiarul yang juga merupakan penasihat undang-undang kepada MAGARAN, berkata dia begitu seronok disepanjang tiga jam perjalananya itu.

"Saya memakai baju T yang pro-ISA di-dalam baju T melawat Malaysia, untuk mengelak daripada dikenal pasti oleh polis dan mata-mata gelap.

"Saya hanya menyingkap baju yang diluar untuk menunjukan mesej pro-ISA apabila saya nampak mana-mana jurugambar dan pemberita.

"Rupa-rupanya kemunculan wartawan dan jurugambar itu telah mendapat perhatian daripada polis.

"Sebelum itu sudah disana agak lama juga dan tiada siapa pun yang perasan dengan saya. Tetapi bila jurugambar dan wartawan mula mengambil beberapa shot gambar saya, pihak polis pun sampai.

Khiarul berkata, polis telah mengambil keterangannya. Mereka ingin tahu bagaimana saya berjaya membolosi kawalan keselamatan yang cukup ketat itu untuk sampai ke Istana Negara.

Khiarul mendakwa polis tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya sebab dia berseorangan, oleh itu dia tidak boleh didakwa mengambil bahagian pada perhimpunan haram.

Khiarul juga berkata, beribu-ribu orang yang diatas jalan itu gagal mencapai misi mereka sebab mereka ingin menunjuk bilangan kekuatan mereka agar tunduk kepada permintaan mereka.

"Saya berjalan berseorangan mewakili 100,000 ahli MAGARAN, dan saya berjaya menyampaikan memorandum yang pro-ISA.

"Saya akan tidur lena kerana telah berjaya menyampaikan hasrat NGO yang pro-ISA tanpa perlu menghadapi sebarang halangan dan masalah.



dollah yankee - he.. he.. he..

No comments:

Post a Comment