suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, August 05, 2009

BERJAYA !!!




Demonstrasi jalanan sabtu lepas yang menentang ISA telah diibaratkan oleh gurkah-gurkah politik sebagai satu kejayaan besar biarpun kehadiran penunjuk perasaan itu tidak sebesar yang disasarkan oleh pihak penganjur GMI.

Menurut mereka lagi ini sangat jelas menunjukan bahawa majoriti rakyat bawahan percaya bahawa dengan turun berdemo kejalan raya sahajalah satu cara yang mampu untuk merealisasikan keinginan dan kemahuan rakyat.

Rakyat bawahan kini sudah mula memberi respon yang positif kepada cara yang begini untuk meluahkannya.

Gurkah-gurkah politik juga ketawa berdekah-dekah bila Menteri KDN berkata akibat demonstrasi jalanan itu telah menyebabkan kerosakan dan kerugian sehingga 200 juta ringgit.

Gurkah-gurkah politik juga berpendapat jika benar lah kerugian yang dialami itu sebanyak 200 juta ringgit, maka pihak polis yang perlu dipersalahkan dengan tindakan melampau mereka yang telah menggunakan meriam air dan gas-gas pemedih mata.

Dan jika tidak kerana kerakusan anggota-anggota polis yang mendapat arahan untuk bertindak terhadap demonstrator yang berhimpun secara aman itu, para peniaga dan kedai-kedai dikawasan berkenaan akan mendapat laba yang besar dengan kehadiran beribu-ribu orang itu jika mereka tidak mendengar nasihat daripada anggota polis agar menutup kedai masing-masing.

Polis telah menghantar 5,000 anggotanya yang didatangkan khas dari seluroh negara, sedangkan pada masa yang sama mereka sepatutnya memberi tumpuan mencegah jenayah.
Gurkah-gurkah politik ini juga bertanya berapa banyak kes jenayah telah belaku semasa ketiadaan 5,000 anggota ini di balai dan kawasan masing-masing setelah dikerah untuk ke Kuala Lumpur.

Adalah amat tidak adil jika digambarkan bahawa perhimpunan aman mansuhkan ISA ini telah menimbulkan suasana kacau bilau dan situasi yang huru-hara didalam bandaraya.

Kalau tak silap tiga tahun dulu semasa Condoleeza Rice melawat Malaysia, pihak polis telah membenarkan satu perhimpunan dan tunjuk perasaan yang cukup besar, lebih besar daripada perhimpunan sabtu lepas untuk menyerahkan satu memorandum. Disamping telah menyebabkan suasana yang tegang, perhimpunan ini juga telah berjalan dengan cantik sekali dengan bantuan pihak polis. Kenapa? sebab yang mengetuai perhimpunan itu adalah menantu kesayangan manakala pak mentua pula menteri KDN. Jadi dimana keadilanya? tanya seorang gurkah politik veteran.


dollah yankee- setahu aku kalau tak silap Tunku Abdul Rahman pun pernah turun kejalan raya buat demonstrasi suatu masa dulu.

Manakala syarikat-syarikat bas, pemandu-pemandu teksi dan operator-operator LRT,Komuter dikatakan telah menerima jumlah penumpang-penumpang yang luar biasa pada hari demonstrasi...kenapa tak cakap ya..?!

No comments:

Post a Comment