suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, August 27, 2009

Apa nasib kita kalau Anwar tiada ?




Iklim politik Malaysia semasa Anwar tiada, tidak berapa ummphhh...

Pada hari ini hanya Anwar sahaja yang berjaya mengocak suasana dan meniup angin yang membuatkan ujudnya gelombang untuk menjadikan ombak politik sentiasa menghempas pantai politik Malaysia.

Anwar telah berjaya membuat satu momentum besar dalam lanskap politik. Tanpa momentum ini, lanskap politik kita agak suram dan membosankan.

Faktor ini lah yang sedang dibimbangi oleh Najib pada hari ini. Faktor Anwar ini juga yang akan menjana kemenangan kita menamatkan dominasi kekuasaan BN/UMNO pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang nanti. Masanya sudah dekat untuk Anwar memerintah Malaysia. Ini juga yang membuatkan semua pemimpin-pemimpin BN/UMNO deman tak kebah sebab tak berapa nak boleh lena masa tidur malam.

Trend pengundi pada hari ini memihak kepada Pakatan Rakyat, tetapi perlu diingat jika tiada Anwar pasti Pakatan Rakyat akan kembali menjadi tidak konsisten. Cita-cita kita hendak melihat satu malaysia baru akan terbantut.

Anwar bukan sahaja satu ikon pujaan. Idealisma dan karismanya telah menjadi pencetus besar kepada agenda pemikiran kita semua. Polisinya cukup terbuka dan liberal. Kalau sebelum ini PAS dan DAP memang agak sukar untuk bekerjasama, tetapi dengan kehadirannya telah menyebabkan lahir satu jiwa politik murni yang merentasi ideologi agama dan konflik kefahaman perkauman. Acuan inilah yang tidak dapat dibuat oleh mana-mana pemimpin sebelum ini.

Kepada semua ahli-ahli PAS,DAP dan KEADILAN bolehkah kita harungi ini semua jika Anwar tiada? Apa nasib kita nanti jika Anwar terperangkap dalam perjalananya untuk mengharungi pilihanraya umum ke-13 nanti?



dollah yankee- Anwar Ibrahim...Hip..Hip..Horreyyy..!!!

4 comments:

  1. Sebenonya aak ade anuar lebih baik walaupun kita nampak ingin kan perubahan tapi tidak seharusnya sampai merosakkan dasar warisan kontrak sosial walaupun ingin menjadi pemimpin nombor wahid negara. ana tahu anta juga tidak setuju dengan apa yang ana cuba katakan tetapi jangan lah apa juga yang kita perjuangankan akibatnya nya jadi melayu di negara jiran dibawah

    ReplyDelete
  2. Tapa Nama..
    apa nak buat, kalau pun ana bersependapat dengan anta, tetapi berjuta lagi nampak lain..

    ....if we cannot fight them, we join them !

    ReplyDelete
  3. Abang Dollah, I am truly agree with you....

    Malaysia need a leader like Anwar to stir Malaysia to greater heights. We have seen blogger like tanpa name trying to scare Malay that how bad they will be if they vote for Anwar. 52 Years under UMNO how many Malay has really benefited except the Kuncu kuncu UMNO such as Khir Toyo, Muhammad Taib,Kahiry Jamaluddin...I do not have to repeat the corruption story again as rakyat has sedar....That's why Pakatan Rakyat 7 Umno 1

    ReplyDelete