suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, August 12, 2009

Abang Mat Sabu kah?



Seorang 'guard' di tingkat 52 KOMTAR yang dok jaga pejabat Guan Eng pagi-pagi lagi dah datang ke 'port' politik tempat gurkah-gurkah politik melepak dan memberitahu kami bahawa abang Mat Sabu kita pagi-pagi kelmarin dah datang untuk berjumpa dengan Lim Guan Eng tanpa sebarang pengumuman dan tanpa ditemani sesiapa pun.

Selepas itu abang Mat kita terus ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang sedang bersidang dan kemudiannya dilihat 'mingled arround' dengan penuh ceria bersama-sama dengan wakil-wakil rakyat dari team Pakatan Rakyat ketika waktu rehat.

'Part' yang paling 'best' ialah bila 'guard' tersebut membisikan kepada kami bahawa abang Mat Sabu akan merupakan calon untuk PAS pada pilihanraya kecil N11 kerusi DUN permatang Pasir yang bakal berlangsung nanti.

Dan paling-paling menarik ialah bila 'guard' tersebut telah menunjukan bukti untuk menyokong kenyataannya kepada gurkah-gurkah ini ialah sekeping kertas kecil tulisan tangan Guan Eng yang dikutipnya dari tong sampah di pejabat Guan Eng tertulis dengan pensil senarai lima calon dari PAS yng akan diketengahkan pada pilihnraya kecil itu, dan nama abang Mat Sabu kita teratas sekali selain dari empat lagi nama iaitu Mohd Salleh Man, Roshidi Hussin, Yusni Md Piah dan Shamsul Kamal Sahpie.

Menurut kata 'guard' itu lagi, kalau dilihat pada cara Guan Eng bersembang rancak dengan abang Mat Sabu kita, dia berani bertaruh nak potong telinga bahawa abang Mat Sabu adalah calon untuk Permatang Pasir.



dollah yankee- tiga orang gurkah politik di 'port' bertaruh akan lari keliling KOMTAR dengan hanya pakai seluar dalam kalau BN/UMNO boleh menang di Permatang Pasir...WOW..!!!

No comments:

Post a Comment