suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, July 21, 2009

Ulang tayang Kak Pidah VS Mami Ijjat




Ropa-ropanya kalau yang jenis kaki gaduh dan kalau lama tak bergaduh, boleh jadi 'gian' dan sekali sekala kalau tak ada adegan gaduh, jiwa tak tenteram dan rasa tak seronok, 'something is missing' kata orang putih.

Itu lah yang terjadi dalam adegan kes gaduh terbaru dunia politik tempatan bila Kak Pidah Aziz, ex-Ketua Wanita gerombolan yang telah menolak dengan kasar jemputan perpisahan yang telah penat-penat di rancang oleh Ketuanya yang baru Mami Ijjat dan konco-konconya.

Kak Pidah yang selama hampir 20 tahun memegang tali pinggang juara sebelum ditewaskan oleh Mami Ijjat, telah menolak dengan muka yang masam akan jemputan tersebut dengan alasan tidak perlu itu semua sebab kalau jamuan perpisahan diadakan selalunya bermakna orang itu terus bersara dari dunia politik, tetapi dia bukanlah hendak bersara dan dia merupakan seorang yang masih lagi seorang ahli politik yang aktif.

Mami Ijjat yang telah merampas tali pinggang kejuaraan dari Kak Pidah pada kejuaraan bulan March dulu, telah menghantar sekeping surat satu minggu yang lalu kepada Kak Pidah bertanyakan bilakah waktunya yang sesuai dan bila Kak Pidah ada masa untuk hadir pada majlis yang telah dirancang iaitu majlis 'Jasa Mu Di-Kenang'.

Manakala Kak Pidah kita pulak telah menolak undangan itu sambil berkata dalam 'tone' yang seakan memberi amaran bahawa, biar pun dia tidak lagi memegang tali pinggang kejuaraan, namun dia masih belum lagi meninggalkan parti dan dia masih lagi merupakan seorang Ahli Majlis Tertinggi dan juga seorang Ahli Parlimen untuk Kuala Kangsar.

Amaran terus diberikan dalam surat jawapan dari Kak Pidah kepada Mami Ijjat yang telah dibacakan dengan kuat dalam nada seolah-olah 'memperli' Kak Pidah oleh orang kanan Mami Ijjat, Rosni Zahari pada mesyuarat EXCO wanita minggu lepas, dan antara isi kandungan surat itu ialah dia masih lagi bersedia dan masih sanggup lagi bekerja untuk wanita dan parti.

Orang kanan Kak Pidah pula yang telah turun ke Penang kelmarin dulu telah terjumpa dengan seorang gurkah politik diam saja bila ditanya tentang perkara itu. Dia hanya berkata yang Kak Pidah masih tetap cergas dalam gerombolan UMNO dan majlis seperti itu sebenarnya tidak perlu.

Penolakan jemputan itu telah menyebabkan Mami Ijjat tak berapa seronok hati.

Mami Ijjat yang sejak menang tali pinggang, tak berenti-berenti bekerja untuk mempopularkan diri dan berusaha menguatkan lagi cengkamannya dalam wanita UMNO.

Gurkah politik tadi pula telah 'menguis' orang kanan Kak Pidah dengan mengatakan bahawa perang dingin antara Kak Pidah dengan mami Ijjat memang tak pernah akan ada penamat.

Lalu orang kanan Kak Pidah telah mengatakan yang mami Ijjat dan exconya tetap berhasrat untuk meneruskan rancangan majlis tersebut dan hadiah serta buah tangan yang hendak disampaikan pada majlis itu akan di hantar sama ada secara 'courier' atau menggunakan utusan khas kerumah Kak Pidah.

Tapi yang 'best'nya ada pula 'hantu' atau kaki angguk telah cuba racun kepala otak mami Ijjat dengan mengatakan bahawa adalah sia-sia dan membazir jika Kak Pidah tidak hadir.


dollah yankee- kak pidah sebenarnya terasa ditipu dan dikhianati olih mami ijjat bila pada pertengahan pertandingan mami ijjat telah meletakan namanya pada borang pencalonan untuk sama-sama merebut kejuaraan tali pinggang yang disandang kak pidah.

2 comments:

  1. rafidah aziz mp kuala kangsar tak sedar diri

    mcm lembu perangai dia

    ReplyDelete
  2. Tanpa nama ..
    hari tu dia kata dia boleh jaga cucu sebab ada masa, sekarang cucu dia dah besaq..dan belum nampak ada lagi cucu yang nak 'coming soon'..

    ReplyDelete