suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, July 01, 2009

Ubat dia? Bagi bagi penendang saja !!

Beberapa kakitangan di Hospital Sungai Buloh telah mula hilang sabar dengan dua, tiga orang warga asing yang merupakan pelancong yang telah di kuarantin disana akibat disyaki mengalami simtom-simtom 'flu babi', telah menunjukan siap 'kurang ajar',mengada-ngada dan terlalu meminta-minta.

Satu sumber dihospital berkenaan yang telah 'memecahkan' lubang ini berkata, berlaku penderaan perasaan yang dilakukan oleh sesetengah 'pesakit' pelancong itu kepada kakitangan hospital ini.

Ada seorang pelancong asing yang dikuarantin itu telah menghempaskan 'laptop' kepunyaan hospital yang telah dipinjamkam kepadanya hanya disebabkan 'laptop' itu tidak dapat memainkan DVD kepunyaannya.

Sumber itu juga merasakan bahawa 'modus operandi' atau cara kerajaan Malaysia mengendalikan situasi 'flu babi' ini adalah cara yang mengarut, sebab ada penumpang yang hanya membuat transit di KLIA, tetapi pada masa sama terdapat simtom-simton yang tidak berapa pasti, telah dibawa ke hospital untuk diperiksa.

Penumpang-penumpang yang sedang transit ini tadi, tidak pun menjejakkan kaki mereka ketanah, jadi kenapa perlu kerajaan membazirkan wang membawa mereka semua ke hospital untuk pemeriksaan?

Sumber tadi juga bercerita bagaimana kakitangan hospital ada yang terpaksa membuat kerja mengatur penerbangan yang telah terlepas penerbangan oleh mereka-mereka yang telah dikuarantinkan itu.

Dia berkata, kakitangan hospital itu terpaksa membuat panggilan-panggilan telefon dan berhubungan dengan kakitangan KLIA untuk mendapatkan penerbangan pada pelancong-pelancong itu.

Aku cuba bertanya, siapa yang akan membayar kos-kos penerbangan itu, dia berkata dia kurang pasti tetapi, kalau dah kakitangan hospital yang menguruskan dan mengaturnya, silap haribulan kerajaan lah yang kena tanggung.

Agak mengarut kalau untuk membuatkan pelancong-pelancong tadi yang terpaksa membayar dua kali harga penerbangan mereka bila kerajaan yang sebenarnya mahukan mereka dikuarantinkan.

Sumber tadi menambah, ada juga saudara mara dan kenalan kepada pelancong-pelancong tadi telah mengganggu kakitangan hospital dengan menuduh saudara dan kawan mereka tadi tidak diberikan makanan yang cukup.

Sebenarnya mereka telah mendapat makanan yang menyegarkan dan menyihatkan tetapi ada 'pesakit' pelancong tadi yang tidak mahu mengambil dan memakannya dan mengatakan bahawa makanan itu tidak sesuai untuk mereka.


dollah yankee- kalau aku jadi atenden hospital...tau lah aku macam mana nak ajaq depa ni..

2 comments:

  1. apa nak buat dollah!, orag melayu kalau nampak orang putih,kalau boleh depa masuk dalam seluaq orang putih tu.

    ReplyDelete