suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, July 11, 2009

Tun Mahathir pun tak percaya

Tun Dr Mahathir juga tidak yakin dengan dakwaan bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo mengatakan "Rumah Besar" yang telah menjadi kontrovosi itu bernilai RM3.5 Juta.

"Dia mana boleh senang-senang cakap rumah itu dibeli dengan harga RM3.5 Juta. Saya percaya ianya berharga lebih dari itu." kata Tun Dr Mahathir.

"Saya pun ada rumah di Seri Kembangan. Saya juga telah membelanjakan RM1 juta untuk itu, tapi rumah besar ini berkali-kali ganda besar dari rumah saya."

Ditanya adakah perkara ini akan mencemarkan nama baik dan menjejaskan imej UMNO, Tun berkata: "Oh..ya..saya rasa mesti. Dia perlu menjelaskan dari mana dia mendapatkan wang membeli rumah tersebut."

Tun Dr Mahathir ditemui semasa menghadiri satu perjumpaan tertutup berhubung dengan kedudukan institusi raja-raja dan orang melayu dalam perlembagaan persekutuan dari perspektif satu malaysia.

Terkini,mengatakan pihak SPRM juga macam terasa nak mengucapkan "Hello" kepada Khir Toyo berhubung dengan dakwaan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim mengatakan Khir Toyo telah membelanjakan sebanyak RM24 juta untuk membina rumah yang berkonsepkan bali itu semasa Khir Toyo memegang jawatan MB Selangor.



dollah yankee- tibai sama dia tun !..jangan tak tibai..!

No comments:

Post a Comment