suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, July 10, 2009

Teka-teki sudah terjawab



KELEWATAN KEMUNCULAN NASHARUDIN DISEBABKAN PEMBEDAHAN KECIL DIPERUT.

Ketidakmunculan dan kehilangan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa yng menjadi tandatanya ramai pihak terjawab akhirnya dan beliau akan muncul bersama-sama dengan yang lain-lain pada kempen di Manik Urai pada hujung minggu ini.

Nasharudin, yang telah menjalani satu pembedahan kecil di perut kelmarin dulu, akan turun padang berkempen pada satu ceramah yang dijadualkan esok.

Mustapa Ali berkata, Nasharudin terpaksa menangguhkan dan melewatkan jadualnya untuk hadir dan berkempen serta bertemu dengan penduduk dan pengundi di Manik Urai disebabkan masalah kesihatan dan bukannya sebab masalah ketidaksefahaman politik atau kecewa atau merajuk.

Nasharudin telah memberitahu Mustapa Ali dia akan turun padang pada Sabtu ini selepas menjalani satu pemeriksaan doktor di hospital Serdang.

Kepada peyokong-penyokong PAS dan penduduk Manik Urai yang ingin bersama-sama dengan Ustaz Nasharudin, boleh berbuat demikian pada esok petang di Pasar Laloh, Nasharudin akan hadir bersama-sama dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.

Kehadiran kedua-dua nama besar dalam parti PAS ini akan menghakiskan segala tohmahan dan syak dan perasangka yang bukan-bukan, serta kempen-kempen UMNO yang mengatakan kedua-duanya sudah berpecah dan tidak lagi sehaluan.

Sementara itu Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah, berkata dia sedang menyiapkan jadual kempen untuk Nasharudin di Manik Urai.



dollah yankee- nasharudin sebenarnya tidak mahu menyusahkan banyak pihak semasa menjalani rawatan di hospital,sebab itu siapa pun tak tahu dimana dia berada,itu lah pemimpin sebenar,dia susah tak apa, orang lain jangan susah.

No comments:

Post a Comment