suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, July 25, 2009

Tee Kiat, tak akan lama...



Kontrovosi PKFZ telah membuka lembaran baru apabila Ong Tee Kiat telah mendakwa bahawa ada satu kumpulan lain dalam MCA telah mula menggunakan isu PKFZ ini menjatuhkan beliau sebagai Presiden MCA.

Ong Tee Kiat berkata dia bukanlah kebulur sangat nak duduk kerusi Presiden dan dia tidak gentar untuk turun dari kerusi tersebut jika majoriti ahli-ahli MCA menentang beliau berhubung dengan isu PKFZ.

Ong mendakwa bahawa Chua Soi Lek sedang berusaha dengan keras dan bermati-matian untuk mengambil alih tempatnya sebagai Presiden MCA apabila Ong dijatuhkan kelak melalui isu PKFZ ini.

Minggu lepas Ong juga mendakwa telah menerima tekanan yang cukup hebat disamping ugutan-ugutan dari dalam dan luar parti selepas percubaannya hendak memberitahu kepada umum tentang laporan penyelewengan dan skandal terbesar PKFZ yang telah dikeluarkan oleh PricewaterhouseCooper.

Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah, apakah Ong Tee Kiat mampu membongkar penyelewengan dan skandal isu PKFZ itu tanpa mencalarkan imej BN? Sebab semua orang tahu bahawa isu PKFZ ini melibatkan banyak pihak, baik orang-orang yang besar-besar mahu pun orang-orang yang kecil-kecil.


dollah yankee- melihat kepada keadaan ini, aku rasa ong tee kiat perlu lah menyiapkan kerandanya dan bersedia untuk dimatikan

No comments:

Post a Comment