suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, July 06, 2009

Steady lahhh..Jamaludin !!



Siapa tak kenai Jamaludin Mohd Radzi? Adun Pakatan Rakyat yang keluar dan sokong BN.

Hari ini adalah hari penamaan calon di DUN Manik Urai untuk satu pilihanraya kecil, dan hari ini juga akan 'start' kempen.

Secara tak langsung Jamaludin telah menggunakan kebaikan hari ini dengan mengambil kesempatan untuk kepentingan dirinya bila dia mula menagih janji-janji manis dari BN yang diumpankan kepadanya menyebabkan dia buat keputusan untuk lari keluar dari Pakatan Rakyat menjadi bebas yang sokong BN.

Ada sumber dari 'port' politik beri tahu bahawa benarlah seperti yang diwar-warkan sebelum ini ini bahawa antara janji-janji manis itu ialah, Jamaludin akan diberikan jawatan EXCO menjelang 1 Julai.

Tapi bila sampai tarikh itu, Jamaludin belum nampak yang ada tanda-tanda dia akan duduk di kerusi EXCO yang dijanjikan itu, dan dia merasakan bahawa dia perlu 'expose'kan semula dirinya itu.

Maka kelmarin dia pun keluar dari sarang dan buka cerita tentang ada hasrat dan niat empat ADUN Pakatan Rakyat sudah 'contact' dia dan memberitahu akan niat empat ADUN itu nak lari keluar meninggalkan Pakatan Rakyat. Yang 'best'nya, dia tak cakap ADUN Pakatan Rakyat dari negeri mana dan dari parti mana DAP,PAS,PR.

Macam-macam cerita yang keluar dari mulut 'busuk' dia(memang mulut dia busuk,kalau tuan-tuan tak percaya, cuba lah bercakap dengan dia..) antaranya, empat ADUN ini tak berapa syokkk dengan kepimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat.

Kalau di kaji, Jamaludin nampak seperti mahu mengaleh perhatian BN seketika ketika BN sedang sibuk menyusunatur strategi mahu bertarung pada pilihanraya kecil di Manik Urai. Ini mungkin cara atau strategi Jamaludin melepaskan geram sebab dia seperti sudah nampak dan sudah rasa BN seperti mahu mungkir janji-janji manis itu dan buat-buat lupa.


dollah yankee- cekappp..memang jamaludin cekappp.. samalah macam Jamaludin kata.."ello boss...jangan lupa..!"

No comments:

Post a Comment