suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, July 13, 2009

Sepakat,Bersatu,Satu Hati untuk PAS





Gambar atas: Para petugas pilihanraya sedang menjamu selera pada malam terakhir kempen pilihanraya kecil DUN Manik Urai.

Gambar bawah: Bukan melayu di Kelantan yang telah bersama-sama PAS, betul-betul paham akan perjuangan PAS,sedang bersiap sedia untuk ke Manik Urai dari KB bagi sama-sama memeriahkan pilihanraya kecil itu.

Dua gambar ini telah mengingatkan aku akan cerita-cerita dari arwah bapa dan datuk aku betapa, suasana macam inilah yang terjalin pada ahli-ahli UMNO lebih daripada setengah abad yang lalu yang menyebabkan UMNO tak goyang selama berpuluh tahun.

Tetapi sejak 10 tahun lalu, suasana begini sudah tidak ada lagi, suasana begini sudah mati dalam UMNO, yang menyebabkan mereka bertelagah,bergaduh,iri hati sesama sendiri akibat berebut perjuangan yang ditinggalkan oleh orang-orang yang macam arwah bapa dan datuk aku.

Melihat kepada keadaan ini, teingatlah juga pesan arwah bapa aku bahawa hidup ini memang tak ubah macam roda, 5o tahun dulu UMNO diatas, kini sedang beralih kedudukan, dan akan ke bawah, tempat yang diatas akan diambil alih oleh PAS/PR untuk 50 tahun yang akan datang.



dollah yankee- umno/najib/muhyidin kena lah terima kenyataan...

No comments:

Post a Comment