suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, July 16, 2009

Semua orang pun terkejut...!

Trafik jem yang melampau di-Manik Urai pada minggu kempen dan hari mengundi yang bagi sesetengah orang disini begitu menyakitkan hati telah pun tiada, perayu-perayu undi,penyokong-penyokong tegar kedua-dua pasukan yang datang beramai-ramai dari merata-rata tempat dan pekerja-pekerja parti kedua-dua parti sudah pun ada dirumah masing-masing waktu ini, sudah tak ada apa lagi di-Manik Urai ini, selesai sudah pesta politik, cuma pemain-pemain utama kedua pasukan saja yang masih dalam posisi 'terkejut beruk'.

Yang kalah masih terkejut tetapi dalam keadaan yang riang gumbira, manakala yang menang pun masih juga terkejut, terkejut dan tak seronok.

UMNO masuk gelanggang dengan berbekalkan kepala otak yang berserabut, perayu-perayu undi dan pekerja-pekerja parti umno/BN, terpaksa bekerja dalam keadaan yang mengetahui bahawa mereka akan dibenam hidup-hidup, tetapi memandangkan kehadiran mereka adalah kehadiran yang masyukkkkk... maka hati tu tak berapa nak sakit sangat, begitu terkejut dengan keputusan yang mereka hanya kalah 65 undi berbanding 1,352 undi PRU tahun 2008.

PAS pulak masuk gelanggang dengan penuh keyakinan diri, dengan dada yang terbuka dengan prestasi mereka pada masa-masa lepas, dan keputusan yang hampir kalah itu juga benar-benar telah mengejutkan mereka.

65 majoriti undi itu adalah dipercayai datangnya dari pengundi-pengundi yang berjubah, berjanggut dan berjambang, dan sikit saja lagi, lebih kurang 35 undi saja kerusi N41 DUN Manik Urai akan terlepas ketangan UMNO.

Selepas 'post-mortem' di'port' biasa oleh gurkah-gurkah politik kelmarin, maka telah dirumuskan bahawa janji-janji Muhyidin iaitu, ".. hari ini pilih umno,besok kita buat jambatan..!" untuk membina jambatan yang menghubungkan Manik Urai baru dan Manik Urai lama yang bernilai RM 7 juta itulah yang telah menyebabkan banyak orang kampong yang atas pagar yang kelabu asap telah 'swing' undi mereka.


dollah yankee - Jadi, siapa kata janji-janji politik sudah tak laku?!

No comments:

Post a Comment