suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, July 18, 2009

Semua kini bersatu !

Pemimpin-pemimpin politik dari pelbagai ideologi dan kepahaman kini bersatu hati untuk mendesak satu penubuhan Suruhanjaya Di-Raja bagi menyiasat kematian pembantu politik Teoh Beng Hock.

Mereka bukan saja mahukan penubuhan suruhanjaya itu, tetapi juga laporan tersebut hendaklah dikeluarkan untuk pengetahuan umum. Pihak Polis dan SPRM hendaklah menjalankan satu siasatan yang terperinci dan menyeluruh berhubung kematian Teoh yang didapati mati 9 tingkat dibawah banggunan pejabat SPRM.

SPRM mestilah memberitahu kepada umum keseluruhan butiran dan keadaan hal yang sebenar ketika mangsa bersama-sama dengan pegawai-pegawai penyiasat untuk membuktikan bahawa SPRM tidak menyembunyikan sesuatu.

Butiran-butiran tersebut mestilah termasuk dari saat dimana SPRM menyerbu pejabat Teoh, merampas 'laptop'nya, sesi soal siasat, pembebasan Teoh pada jam 3.45 pagi dan juga ketika Teoh terbaring keletihan diatas sebuah kerusi panjang dalam pejabat SPRM.

SPRM hendaklah bertanggung jawab sepenuhnya berhubung dengan kes ini dan pihak polis mestilah menjalankan satu penyiasatan yang menyeluruh.



dollah yankee- kes ini akan menjadi saksi sama ada ujud atau tidak ketelusan dan keadilan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment