suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, July 24, 2009

Sebab pulut santan binasa, sebab MULUT, MUKA binasa !!!

Seorang pembantu kepada seorang pemimpin kanan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang telah bengkak-bengkak di-muka dan patah tulang hidung akibat telah di-tumbuk berkali-kali oleh beberapa lelaki apabila dia telah mengejek-ngejek dan mencemuh-cemuh sekumpulan lelaki di Komtar kelmarin.

Pembantu ahli politik itu rupa-rupanya telah di-dapati mencarut-carut dan menyumpah seranah serta memaki hamun kumpulan laki-laki tadi dalam bahasa tamil kepada kumpulan itu yang sedang meninggalkan banggunan Komtar selepas mereka menyerahkan sepucuk memorandum bantahan berkenaan dengan isu tanah di Kampong Buah Pala kepada Ng Wei Aik, yang juga Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng.

Kumpulan itu telah menyerahkan memorandum tersebut yang di-ketuai oleh Ko-ordinator Pemuda MIC, T.Mohan dan Penasihat kepada sayap pemuda MIC Vell Pari, yang juga merupakan anak kepada Presiden MIC, Samy Vellu.

Pembantu ahli politik tersebut telah di-dapati menjerit-jerit dari tingkat 3 Komtar kepada kumpulan itu yang berada di-tingkat bawah pada kejadian jam 5.30 petang itu.

Akibat tidak tahan di-maki hamun, kira-kira lima orang dari kumpulan pemuda MIC itu telah lari naik ke-atas dan menyerang pembantu ahli politik itu dan terus memberikan tumbukan-tumbukan yang bertubi-tubi ke-muka dan tubuh badan pembantu ahli politik itu.

Pihak polis telah di-panggil untuk mententeramkan dan mengawal keadaan yang agak kelam kabut, tetapi di-pahamkan tiada tangkapan di-buat.

Sementara itu pada paginya, polis telah menahan 10 orang termasuk T.Mohan, apabila dia mengetuai lebih 50 ahli-ahli pemuda MIC yang baru hendak memulakan perarakan berjalan kaki ke Komtar untuk tujuan menyerahkan satu memorandum kepada pejabat Lim Guan Eng berhubung dengan isu tanah Kampong Buah Pala.

Polis mula bergerak menghalang kumpulan pemuda MIC itu yang telah berhimpun secara haram di-depan sebuah kuil, bilamana telah mengingkari arahan untuk bersurai daripada OCPD, ACP Azam Hamid.

Kumpulan itu di-dapati telah merancang untuk membawa bersama-sama mereka beberapa buah kereta lembu kepunyaan penduduk-penduduk kampong dalam perarakan sejauh 250 meter menuju ke Komtar, bertujuan untuk menggamatkan dan memeriahkan lagi majlis bantahan itu.

Berikutan dengan penahanan T.Mohan dan beberapa pengikut dan ahli-ahli pemuda MIC itu, lebih ramai orang telah di-panggil untuk berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah George Town dan telah mendesak agar Mohan dan lain-lain di-bebaskan.

Akibat tidak tahan dengan kepanasan serta ketidakpuasan hati mereka, satu pergelutan telah berlaku antara orang ramai yang berhimpun di-depan IPD itu dan pasokan polis pencegahan rusuhan yang cuba menahan dan menghalang kumpulan itu yang sedang cuba untuk memasuki ke-dalam balai polis termasuk menggunakan beberapa buah kereta lembu bagi menunjukan bantahan terhadap penahanan T.Mohan dan beberapa orang lain.

Ketua Polis, Datuk Ayub berkata, polis terpaksa bertindak keatas kumpulan itu bila suasana dan keadaan sudah tidak dapat di-kawal di-mana kumpulan itu telah bertindak secara aggresif terhadap anggota-anggota polis yang sedang mengawal keadaan.



dollah yankee- ada ketika-ketikanya merupakan satu kepuasan jika dapat merasai keadaan bergelut dengan pihak polis, di-tembak dengan meriam air atau di-ketuk dengan belantan ...

No comments:

Post a Comment