suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, July 03, 2009

Pukulan Michael Jackson !



Kematian Michael Jackson cukup meninggalkan impak besar kepada dunia hiburan global. Malaysia tidak terkecuali dari sama-sama terasa akan kesan itu.

Di Kuala terengganu, penuntut tahun lima mungkin terpaksa menghadapi tindakan akibat memuat turun lagu-lagu hits Raja Pop itu ke lap top mereka atau' e-books' mereka yang ditaja pihak Kementerian pelajaran untuk kemudahan mereka disekolah.

Lima penuntut tahun lima dari Kuala terengganu itu yang telah memuat turun dan menyimpan lagu-lagu hits Michael Jackson seperti Man in The Mirror, Beat It dan Billie Jean dalam e-buku mereka, telah dijumpai ketika satu pemeriksaan rambang oleh guru disiplin mereka terhadap kandungan-kandungan luar dalam e-buku itu.

Dua daripada e-buku itu juga didapati meyimpan video-video klip raja pop itu.

Lagu-lagu Michael Jackson mula dicari oleh peminat-peminat untuk dibuat simpanan koleksi ekoran dari kematianya itu pada 25 Jun. Penuntut-penuntut ini tak kenai pun Michael Jackson sebelum ini, tetapi kerana teknologi maklumat, mereka juga tidak mahu terkecuali.

Kira-kira 12,800 penuntut sekolah tahun lima di Terengganu telah dibekalkan dengan e-buku sejak bulan Mei untuk digunakan disekolah.

Di Prangin Mall Pulau Pinang, polis telah menjalankan satu operasi besar terhadap peniaga dan penjual video dan VCD cetak rompak yang telah mengambil kesempatan dengan kematian Michael Jackson.

Beribu-ribu keping VCD dan video cetak rompak Michael Jackson telah dirampas dalam operasi jam 2 petang itu.


dollah yankee- pun tumpang nga-nga depan skrin besar tengok video klip MJ dikedai VCD di 'One Stop Berjaya' kelmarin.

No comments:

Post a Comment