suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, July 08, 2009

PR sedang bersiap sedia untuk pilihanraya negeri Perak

Pakatan Rakyat (PR) sedang menyiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya negeri Perak yang dipercayai akan diadakan pada sedikit waktu lagi.

Menurut satu sumber sahih dari gurkah politik di'port', yang telah sanggup bertaruh dengan memotong tangan, bermati-matian begitu pasti bahawa Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan berdasarkan perkembangan terkini dan percaya bahawa Najib/BN begitu bimbang akibat peristiwa rampasan kuasa pada awal tahun telah memberikan satu kesan yang sangat dalam kepada rakyat negeri Perak, dan jika tidak dilakukan sesuatu, pada masa pilihanraya umum ke-13 akan datang kemarahan rakyat Malaysia amnya dan rakyat Perak khasnya, maka BN akan menjadi satu sejarah.

Sumber itu juga memberitahu, secara dasar Najib telah bersetuju untuk mendapatkan perkenan baginda Sultan bagi membubarkan DUN Perak, tetapi hanya Baginda Sultan sahaja yang akan memberikan kata putus.

Sumber tersebut juga begitu 'excited' memberitahu Isnin lepas PR telah membuat satu mesyuarat besar persediaan untuk menghadapi pilihanraya negeri termasuk strategi yang akan diguna untuk mengambil hati dan menyayangi rakyat.

Adalah dipercayai pihak BN percaya dan sudah dapat menerima kenyataan bahawa cara paling demokratik untuk memileh kerajaan adalah dengan membenarkan rakyat menjalankan tanggungjawab mereka dan membiarkan mereka membuat pilihan. Pakatan Rakyat sedang menyiapkan dan akan mengeluarkan manifesto untuk pilihanraya itu sedikit waktu lagi.


dollah yankee- kah..kah..kah..menteri besaq baru pulak nanti akan sumpah..

No comments:

Post a Comment