suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, July 17, 2009

PKFZ, mana report? Apa lambat sangat?




Sekumpulan orang-orang yang berkuasa dan berpengaruh sedang cuba untuk menghalang dan menutup mulut Menteri Pengangkutan Ong Tee Kiat daripada meneruskan niatnya untuk mendedahkan laporan Pricewaterhouse-Coopers berhubung dengan skandal yang didakwa merupakan skandal yang terbesar, iaitu PKFZ.

Ong Tee Kiat berkata, mereka yang menghalang itu termasuklah orang yang berada dipihak pembangkang, mereka-mereka yang terlibat sepenuhnya dalam isu ini, termasuk juga orang-orang yang begitu berkuasa dalam parti-parti politik dan juga korporat-korporat besar yang berpengaruh.

Ada juga orang-orang daripada pihak Kerajaan yang cuba membantah laporan itu daripada dikeluarkan untuk ke-pengetahuan umum.

Isu skandal ini bertambah 'serabut' dan membelitkan sehinggakan ada juga orang-orang daripada kumpulan-kumpulan 'underground' yang telah mengirimkan sms berbentuk ugutan bunuh kepada Ong Tee Kiat dengan amaran yang menakutkan. "..Kalau anda hilang dari muka bumi ini, anda sepatutnya tahu apa telah yang membuatkan anda hilang..".

Dia juga berkata, ada juga sesetengah orang berkata bahawa langkahnya untuk mengeluarkan laporan itu untuk pengetahuan kepada umum telah tidak dapat diterima oleh Barisan Nasional.

Mereka telah menggunakan berbagai-bagai taktik termasuk lah mengancam, menyebarkan khabar-khabar angin dan menggunakan saluran dalaman untuk menekan dan menghalangnya daripada meneruskan hasratnya untuk mengeluarkan laporan skandal PKFZ itu kepada umum. Ong Tee Kiat juga berkata ia telah diserang hendap dari semua arah, depan,belakang,kiri,kanan,atas, dan bawah.

Ong Tee Kiat dipercayai mendesak bertubi-tubi agar PKFZ ini disiasat secara terperinci sebab ianya telah melibatkan jumlah wang yang terlalu besar dan tidak mahu generasi anak dan cucu mereka dalam MCA, terlibat dalam menanggung beban hutang ini.



dollah yankee- berani potong jari, dalam isu PKFZ ni, semua orang dah dapat makan dan dah kenyang...

No comments:

Post a Comment