suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, July 29, 2009

Ong Tee Keat Last Call



Dengan perkembangan-perkembangan terkini, kacau-bilau dan haru-biru yang terjadi dalam MCA, Presidennya Ong Tee Keat nampak macam sudah tak boleh 'pikiaq' apa nak buat dekat Chua Soi Lek.

Jika Ong Tee Keat tidak bertindak dengan segera...jawabnya susah lahh dia dan telurnya yang di-hujung tanduk itu akan jatuh pecah pada bila-bila masa sahaja !, olih itu dalam satu mesyuarat khas Majlis Presiden MCA kelmarin yang berjalan selama enam jam, enam jam? Ong Tee Keat dengan sokongan AJK Majlis presiden MCA telah mengambil langkah dengan memberi amaran kepada semua ahli-ahli MCA yang menentang beliau yang 'bermulut besar' akan di-tutup mulutnya olih Lembaga Disiplin MCA di-bawah Artikel 123A undang-undang perlembagaan parti MCA.

Keputusan itu di-ambil setelah mereka mengambil sikap 'diam dan perhati' terhadap kenyataan-kenyataan yang di-keluarkan oleh ahli-ahli MCA dalam akhbar-akhbar dan dalam blog-blog yang mempunyai elemen-elemen memfitnah atau mengumpat.

Keputusan yang di-buat itu lebih kurang sama macam arahan untuk 'menyumbat mulut' mereka-mereka yang bermulut celupar, maksudnya tak boleh cakap dan jangan cakap apa pun, nak cakap mesti benda-benda yang cantik-cantik saja.

Baik cina, hindu mau pun melayu yang minat dengan politik, pasti paham arahan ini untuk Chua Soi Lek dan askar-askar beliau.


dollah yankee- sampai enam jam mesyuarat? aku boleh bayangkan mesti mesyuarat ini mesti riuh-rendah, mesti tak ada protokol punya...

No comments:

Post a Comment