suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, July 28, 2009

Ong Tee Keat dengan telurnya yang dihujung tanduk.


Percubaan sesetengah pihak dalam MCA untuk projek perampasan kuasa dalam usaha untuk menjatuhkan presidennya Ong Tee Kiat, sehingga semalam dikatakan telah mula meluap-luap.

Menurut satu lapuran dari 'port politik' biasa, jika lembaga disiplin parti dalam MCA membuat keputusan yang merbahaya dan keputusan yang boleh memburukan keadaan terhadap Timbalan Presiden Dr.Chua Soi Lek berhubung dengan skandal sek DVDnya pada bulan depan, maka akan ada sekumpulan kecil dalam sekumpulan kelompok yang besar dalam MCA akan berusaha untuk memanggil satu Mesyuarat Agung Luarbiasa tergempar dalam usaha mereka untuk menjatuhkan dan menyahkan Tee Kiat dari kerusi Presiden.

Menurut lapuran itu lagi, ada orang paling kanan dalam MCA telah memberitahu bahawa ada satu 'pasukan' rahsis dalam MCA sekali lagi sedang berusaha untuk melancarkan kempen jatuhkan Tee Keat.

Lapuran itu menambah bahawa pasukan yang dimaksudkan itu kini sedang bekerja keras siang dan malam untuk memanggil mesyuarat agung luarbiasa jika keputusan Lembaga Disiplin parti MCA yang mendengar aduan yang difailkan terhadap Dr.Chua tidak memihak kepada orang nombor 2 itu.

Menurut seorang gurkah veteran di'port', bukan lah mudah untuk menjatuhkan Tee Keat dengan adanya Mesyuarat Agung Luarbiasa itu, sebab mengikut kepada undang-undang perlembagaan parti MCA, mereka memerlukan sekurang-kurangnya dua per tiga undian dari keseluruhan perwakilan.

Bagaimana pun menurut gurkah itu lagi, sekiranya separuh daripada perwakilan yang hadir menyokong usul undi tidak percaya terhadap Tee Keat, maka jawabnya...selamat tinggal bunga-ku lahhh...

Di-pahamkan, untuk memanggil satu Mesyuarat Agung Luarbiasa itu ia hanya memerlukan dua per tiga tanda tangan dari keseluruhan perwakilan, dan perkara itu menurut lapuran yang di-bawa adalah 'a piece of cake' bagi pasukan yang merancang hendak menjatuhkan Tee Keat, kerana mereka hanya memerlukan masa hanya dua hari hendak menjayakan projek ini.

MCA mempunyai 2,402 perwakilan yang mana ini bermakna pasukan itu perlu menghimpunkan 801 perwakilan untuk menjadikan Mesyuarat Agung Luarbiasa itu berjaya.

Panggilan pertama untuk EGM yang di-rancangkan itu sebenarnya telah pun di-buat sebelum ini tetapi atas arahan Presiden BN, EGM itu telah dibatalkan.

Mengenai panggilan EGM yang dirancangkan itu, ianya hanya akan berlaku jika pihak Lembaga Disiplin MCA mengambil keputusan untuk menggantung keahlian Dr.Chua Soi Lek. Dan ramai gurkah-gurkah politik berpendapat adalah tidak adil jika Dr.Chua digantung hanya kerana berdasarkan kepada aduan kes-kes lama yang di-gali semula.



dollah yankee- cuba 'try' tanya Chua Soi Lek tengok tentang perkara ini, dia mesti jawab yang dia tidak tahu menahu dan tiada hubungan untuk melancarkan EGM bagi menjatuhkan Tee Keat...

1 comment:

  1. Dollah,

    OK ke kita sokong tindakan Ong ini?


    http://www.ongteekeat.net/gogo_en/content/view/298/53/

    ReplyDelete