suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, July 18, 2009

Lelaki dan b*r*t, bagai irama dan lagu.

SATU: Terengganu

Seorang surirumah yang cantik,seksi-meksi dan kiut-miut telah ditangkap oleh suaminya dan kawan-kawan ketika menyerbu sebuah bilik hotel di Merang,Setiu, ketika wanita itu dan kekasih hatinya sedang bersiap sedia dan sedang dalam kedudukan yang begitu ghairah dan bersedia untuk melakukan hubungan sek.

Bagaimanapun, kekasih hati wanita itu, yang merupakan seorang pegawai kanan kerajaan negeri berjaya meloloskan dirinya dalam keadaan separuh bogel sebelum suami wanita itu dan kawan-kawannya berjaya menyerang dan menubi lelaki kekasih isterinya.

Dalam keadaan kelam kabut ketika melarikan dirinya, lelaki itu telah tertinggal 'handphone'nya.

Suami wanita cantik tadi yang merupakan seorang pengurus operator perkhidmatan telefon, telah menjumpai rakaman-rakaman video dan gambar-gambar pasangan itu sedang mengadakan hubungan sek didalam telefon itu.

Suami wanita yang cantik dan seksi serta kiut tadi menceritakan bagaimana dia telah mengsyaki yang isterinya ada mempunyai hubungan sulit dibelakangnya bila isterinya mula bersikap aneh sejak dua bulan kebelakangan.

Dia akan cuba menyembunyikan mesej-mesej sms yang diterimanya pada tengah-tengah malam dan begitu berahsia tentang panggilan-panggilan telefon daripada seorang kawan yang bernama Aishah. Sisuami juga mengatakan bahawa isterinya itu sering menerima panggilan-panggilan telefon tersebut selalunya pada tengah-tengah malam dan awal pagi.

Isteri cantik yang berusia 27 tahun itu juga dikatakan telah mula tidak mengendahkan anak-anaknya dan hal ehwal rumahtangga mereka sejak terjalinnya hubungan cinta sulit itu.

Sisuami itu telah membuat keputusan untuk menjadi seperti 'PI Bala' dengan membuat intipan terhadap isterinya dengan mengatakan bahawa dia akan ke'out-station' untuk satu tugas.

Bagaimanapun suami tersebut telah berpatah balik dan bersembunyi disekitar kawasan rumahnya dimana dia telah memerhatikan isterinya yang cantik itu telah diambil dengan sebuah kereta mewah oleh seorang lelaki berusia 40an yang 'macho' dan bergaya sejam kemudian.

Ketika mengekori kereta pasangan yang sedang mabok bercinta itu, sisuami sempat menghubungi kawan-kawannya untuk meminta bantuan.

Ketika kawan-kawannya sampai, lelaki itu dan isterinya sudah pun 'check-in' dibilik hotel itu dan sudah tidak sabar-sabar untuk memadu asmara. Ketika menyerbu bilik itu, lelaki tersebut berjaya mengelak dengan menolak dan menepis mereka dan melarikan diri.

Sejurus selepas itu,datang empat lelaki yang bentuk badan bagaikan ahli bina badan yang dipercayai kawan-kawan buah hati isterinya ke hotel tersebut dan mengancam sisuami dan kawan-kawannya.

"... Saya memarahi isteri saya mengatakan bahawa lelaki itu hanya tertarik kepada wajah cantik dan susuk tubuhnya yang seksi dan anunya, sedangkan kami dan keluarga isterinya begitu sayangkan dia..."

Dipahamkan bahawa si suami tadi tidak akan memaafkan tindakan isterinya itu kerana telah berlaku curang.

------------------------------------------------------------------
DUA: Pulau Pinang

Seorang isteri yang marah dan geram telah memanggil sekumpulan kawan-kawan lelakinya untuk 'menghentak' dan 'menubi' suaminya setengah nyawa apabila mendapati suaminya ada mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita lain.

Isteri lelaki tadi dan kawan-kawanya yang seramai lapan orang itu telah menyerang suaminya diluar sebuah klinik pada tengah malam semalam.

Si suami dipercayai membawa kekasih hatinya ke klinik itu untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Isteri yang berusia 27 tahun itu telah mengekori pergerakan suaminya sebelum memanggil kawan-kawan lelakinya ke klinik tersebut. Telah berlaku pertengkaran mulut apabila kedua-dua pihak bertemu, dan ketika itu juga salah seorang kawan isterinya telah menumbuk dan menendang si suami dan yang kemudiannya telah disertai oleh kumpulan lelaki itu.

Pergaduhan itu terlerai apabila polis yang mendapat panggilan tiba ke tempat kejadian dan meleraikan pergaduhan itu.

Si suami dikatakan mengalami luka-luka dan bengkak di seluruh tubuh badan yang teruk.

-----------------------------------------------------------------

TIGA: Johor

Seorang wanita 25 tahun telah mendakwa dia telah dicabul kehormatannya oleh seorang 'radiographer' didalam bilik x-ray disebuah klinik kerajaan.

Wanita itu mendakwa buah dadanya dipegang dan diusap berkali-kali pada insiden hari isnin yang lepas.

Ketika didalam bilik x-ray itu, dia telah diarah untuk menanggalkan pakaianya sebelum memakai baju klinik. Kemudian 'radiographer' tersebut telah menyentuh, memicit dan mengusap-usap buah dadanya untuk memastikan yang dada wanita tadi berada pada posisi yang betul pada mesin x-ray itu.

Keesokan harinya, wanita itu telah pergi semula ke klinik tersebut dan bertemu dengan 'radiographer' itu dan menuntut supaya lelaki itu meminta maaf kerana menyentuh dan memegang buah dadanya, tetapi 'radiographer' tersebut menolak tuntutan wanita berkenaan dengan mengatakan ia adalah sebahagian daripada tugasnya untuk memastikan buah dada wanita itu berada dalam posisi yang tepat dan sesuai untuk membolehkan hasil keputusan yang tepat ketika di x-ray.

Biarpun pihak klinik telah memohon maaf kepada wanita itu namun wanita itu telah membuat laporan polis keatas kejadian tersebut.



dollah yankee - benarlah kata orang-orang tua, jika kita terliur apabila melihat wanita muda, maka kita sudah pun dalam kategori tua...

2 comments:

  1. nakal betul radiographer tu..

    ReplyDelete
  2. Tanpa Nama- ini bukan apa...kes tak boleh tahan laa...

    ReplyDelete