suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, July 03, 2009

Lawak pagi Jumaat

Kes diteruskan tanpa Hakim

Hakim tidak ada, tetapi ini tidak menghalang pihak pendakwaan dan pembelaan daripada meneruskan hujah-hujab mereka.

Ia sepatutnya menjadi hari pertama untuk didengarkan berhubung dengan permohonan untuk mendapatkan semua dokumen-dokumen, sampel-sampel tisu dan cecair badan suspek pencuri kereta A.Kugan yang mati semasa dalam tahanan polis, tetapi Hakim Muhamad Ideres tidak ada dan sedang diluar kawasan. Namun begitu, pendakwaan dan pembelaan tetap berjalan dengan hujah-hujah yang telah membuat banyak kakitangan mahkamah terpegun dan teruja.

Pendaftar Mahkamah cuba untuk mencelah dan menerangkan bahawa dia tidak boleh mendengar apa-apa juga hujah-hujah oleh kedua-dua pihak tanpa kehadiran hakim, tetapi suaranya itu terus tenggelam dalam kehngatan hujah-hujah mereka berdua.

Pada penghujungnya, tiada sebarang arahan telah dikeluarkan kerana hujah-hujah dari kedua pihak itu tidak dianggap satu prosiding yang sebenar. Kes akan didengar semula pada 15 Julai nanti.



dollah yankee- kenai dua,tiga lawyer yang opis pun tak dak, tapi 'they are making good money'

No comments:

Post a Comment