suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, July 08, 2009

Kita tengok siapa yang kenaaaaa..!!






ADUN Sekinchan Ng Suee Lim, yang telah berusaha keras mencari bahan bukti salah laku Khir Toyo, telah bersedia untuk menjadi 'Broker Rumah' dan menerima tawaran yang telah ditawarkan kepadanya oleh Khir Toyo untuk menjual rumah mewah Khir toyo yang telah menjadi bahan berita politik minggu ini.

Ng amat berharap agar Khir Toyo segera memberikannya satu surat kuasa sebagai pengendali atau ejen hartanah bagi hartanah tersebut dan juga kunci rumah berkenaan kerana Ng sudah pun mempunyai tiga pembeli yang telah bersedia untuk berunding bagi pembelian hartanah tersebut dan ketiga-tiga pembeli tersebut juga sudah sanggup untuk membuat pembayaran permulaan sehingga RM8 juta.

Khir Toyo yang telah menafikan kenyataan Ng bahawa rumah dan perabut serta lain-lain yang berkonsepkan bali itu bernilai RM24 Juta, sebaliknya hanya bernilai RM3.5 Juta. Dokumen daripada pejabat Tanah Selangor menunjukan bahawa tanah tersebut sahaja bernilai RM3.8 Juta.

Ekoran daripada kenyataan bukti-bukti itulah yang menyebabkan Khir Toyo menjadi geram dan telah menawarkan Ng untuk menjadi 'Broker' bagi menjual hartanah tersebut dan komisyen sebanyak 50% daripada nilai jualan RM24 Juta tersebut akan diberikan kepada Ng sebagai upah.

Sahabat dan rakan-rakan serta ahli-ahli UMNO Khir Toyo sendiri lah yang sebenarnya telah memecahkan 'lubang' tentang hartanah itu sebagai senjata kempen untuk menjatuhkannya semasa pemilihan UMNO yang lepas.


dollah yankee- dalam umno pun banyak 'broker'...'broker angin'...kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment