suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, July 27, 2009

Guan Eng dan Chong Eu sama-sama tak tidur malam





Cabaran demi cabaran yang sedang dihadapi olih Lim Guan Eng ketika ini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang adalah sama sepertimana yang dihadapi olih Tun Dr.Lim Chong Eu semasa Gerakan mula-mula memegang tampuk pemerintahan suatu waktu dahulu.

Kedua-duanya memegang jawatan Ketua Menteri semasa kedua-duanya didalam pasukan pembangkang.

Masalah paling besar dan membuatkan Chong Eu sakit perut dan tak tidur malam adalah untuk memastikan kesetabilan negeri, dan soal pembanggunan adalah soal yang kedua kepada keutamaannya semasa itu.

Soal 'Anti-Establishment' ketika itu terlalu kuat di sebabkan banyak dasar-dasar dan polisi kerajaan yang sedang tunggang terbalik dan negara ketika itu juga jauh terkebelakang dari sudut kemajuan pembanggunan.

Kepayahan dan kesusahan serta ranjau-ranjau berduri yang sedang dilalui Guan Eng pada ketika ini juga adalah sepertimana yang dialami Chong Eu, dan sama ada Guan Eng berjaya dan mampu menjadi seorang Ketua Menteri yang berjaya bergantung sepenuhnya kepada hubungan diantara kerajaan negeri Pulau Pinang dan kerajaan pusat.

Menurut gurkah-gurkah politik veteran yang ditemui berkata, diantara empat Ketua Menteri ini, Koh Tsu Koon telah dilabelkan sebagai yang paling teruk dari sudut prestasi.

Ahli-ahli EXCOnya dikatakan tidak mempunyai keberanian dan ketegasan untuk menjalankan tugas secara ikhlas. Kesemua ADUNnya hanya ingin menjadi orang-orang yang 'nice guy'.

Gurkah-gurkah itu juga mendakwa Koh Tsu Koon telah diwarisi dengan sumber-sumber kekayaan semasa dia mengambil alih pejabat Ketua Menteri daripada Chong Eu.

Semasa pemerintahan Tsu Koon kerajaan negeri dan kerajaan pusat sedang diperintah olih Barisan Nasional, dan ini amat memudahkan dan menyenangkan Tsu Koon, tidak seperti mana Chong Eu dan Guan Eng yang terpaksa mengharungi jalan yang berliku dan menghadapi berbagai kepayahan.



dollah yankee- selepas 18 tahun menjadi ketua menteri, tsu koon telah menghilangkan segala-segalanya ...

No comments:

Post a Comment