suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, July 04, 2009

Fight goes on



Beberapa pemimpin bahagian parti Gerakan, telah menyertai satu perhimpunan yang agak besar di Machang Bubuk,Bukit Mertajam kelmarin dalam usaha mereka menyokong Naib Presiden Gerakan yang telah digantung keahliannya Huan Cheng Guan. Perhimpunan itu juga dikatakan telah menggugut Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dengan memberi amaran bahawa mereka akan memboikot semua aktiviti-aktiviti parti jika penggantungan Huan tidak ditarik balik.

Pemimpin-pemimpin bahagian tersebut yang bercakap pada perhimpunan itu, yang dihadiri oleh kira-kira 2000 lebih penyokong dan pengikut setia Huan berkata, mereka akan menjauhkan diri daripada mengambil bahagian pada apa-apa juga aktiviti-aktiviti politik semasa tempoh pergantungan Huan.

Antara pemimpin bahagian yang dilihat berucap dengan penuh semangat dan berdegar-degar ialah Jafery, Ketua Bahagian Gerakan Kepala Batas, yang berkata, perhimpunan ini adalah satu mesej untuk Tsu Koon dan lain-lain 'otai' tua dalam Gerakan bahawa mereka bersama-sama dengan Huan, walau apa pun yang terjadi.

Lain-lain Ketua Bahagian yang dilihat pada malam itu ialah, Datuk Tan Kim Seah, Datuk Ooi Bee Huat, Tan Tee Pin dan seorang dua lagi Ketua Bahagian yang tak berapa 'famous'.

Kesemua ahli-ahli parti Gerakan yang hadir pada perhimpunan itu telah menandatangangi 'petition' tandatangan untuk meminta Jawatankerja Pusat CWC) supaya pergantungan Huan ditarik balik. dengan segera.

Juga dilihat ada pada perhimpunan itu ialah Naib Ketua Pemuda Gerakan Malaysia, On Tong Keng.


dollah yankee- dalam politik kena main sistem gempaq dan kejut mengejut, baru syokkkk...

No comments:

Post a Comment