suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, July 05, 2009

Depan, belakang, atas, bawah liberalisasi



Akibat terlalu syokkk nak buat perubahan drastik dalam masa tiga bulan menjadi PM sejak dari 3 April, bukan saja dia sendiri, malah pemimpin-pemimpin lain dalam BN termasuk ketua-ketua UMNO dan orang-orang melayu sendiri tidak begitu yakin dengan berbagai liberalisasi-liberalisasi ciptaanya.

Orang-orang kampong, orang-orang kat felda-felda dan 70% rakyat dibawah yang merupakan penentu kepada siapa yang layak nak perintah kerajaan persekutuan setiap kali pilihanraya umum, jangankan nak yakin, apa benda liberalisasi tu pun depa tak tau, dengaq pada nama saja dah pening. Apa benda liberalisasi ni? Adakah ianya satu formula baru nak tipu rakyat? Atau adakah ianya sejenis bom yang kekuatannya melebihi bom C4?

Apakah dengan pengumuman berbagai jenis liberalisasi ini akan menyebabkan makcik-makcik dikawasan parlimen Zul Nordin, tak perlu membayar sesen pun kalau nak buat apa-apa juga pembedahan di hospital-hospital kerajaan? Apa kah dengan pengumuman liberalisasi ini akan membuat pakcik-pakcik kat felda-felda boleh dapat 'free trip' buat haji di Makkah pada setiap kali musim haji, atau apakah liberalisasi-liberalisasi ini bermakna setiap keluarga yang tinggal di pekan-pekan kecil yang berpendapatan $700.00 kebawah akan dapat sebuah motorsikal Modenas setiap satu keluarga untuk kemudahan mereka?




dollah yankee- dulu.. Tun Razak hambat orang melayu masuk dalam hutan dengan rancangan felda, hari ini Najib pula hambat orang melayu dengan rancangan liberalisasinya yang tidak akan ada lagi 30% ekuiti bumiputra untuk syarikat malaysia yang hendak disenarai awam ...

No comments:

Post a Comment