suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, July 03, 2009

Depa teringin nak jadi koboi..!

HINDRAF tak sepatutnya menuduh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang lepas tangan dan tidak berbuat apa-apa untuk membantu penduduk-penduduk india di Kampong Buah Pala,Gelugor,Pulau Pinang atau 'famous' dengan nama 'High Chaparral'.

HINDRAF sepatutnya melepaskan geram-geram mereka kepada kerajaan BN yang terdahulu semasa Koh Tsu Koon sebab semua perancangan pembanggunan ini telah dimulakan sejak sepuluh tahun yang lepas.

Jika benar HINDRAF mahu mengambil bhagian membantu penduduk-penduduk ini, mereka tidak sepatutnya membuat tuduhan tak berasas dan cubaan menggugut untuk keluar dan tidak menyokong lagi kerajaan PR/DAP.

Dalam hal ini Tsu Koon sedang gelak besar dan terlepas daripada semua 'bala' sedangkan dia lah sebenarnya yang telah meluluskan perjanjian pembanggunan ditanah ini semasa di bawah pentadbiranya.

Aku berpendapat bahawa HINDRAF pun bukan lah nak bantu sangat depa-depa ni. HINDRAF cuma nak menambah rating pada organisasi mereka sahaja. Kes ini sebenarnya telah pun dipolitikan oleh HINDRAF, oleh itu kita berikanlah Guan Eng dan kerajaan PR/DAP sedikit masa lagi untuk menyelesaikanya.



dollah yankee- kita cuma menumpang,jadi buat laa cara menumpang,lagi satu, pernah kah anda dengar Kampong Dalca disini?

No comments:

Post a Comment