suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, July 09, 2009

Chapter II: Sg Panjang Pirates VS Sekinchan Viking

Pada pelancaran sambutan ulangtahun ke-50 Dewan Undangan Negeri Selangor kelmarin, telah turut dirancakkan dengan babak petegangan urat leher diantara Khir Toyo dan Ng Suee Lim yang membabitkan perkara "rumah agam" Khir Toyo.

Sebaik sahaja Khalid Ibrahim selesai sidang akhbarnya dengan wartawan, 'Sekinchan Viking' iaitu Ng Suee Lim berjalan dengan pantas menuju kearah Khir Toyo dari 'Sungai Panjang Pirates', dan Ng terus meminta kunci rumah besar itu daripada Khir Toyo, betul-betul didepan semua jurugambar dan wartawan-wartawan yang bertugas membuat liputan pada acara pelancaran itu.

Kelmarin, NG telah menerima tawaran Khir Toyo untuk menjadi "Broker" bagi menjual hartanah yang berkonsepkan rumah bali itu yang terletak di seksyen 7, Shah Alam, yang telah di nilai oleh Ng bernilai RM24Juta.

Khir Toyo yang sedang memberikan kenyataan akhbar pada ketika terkedu dan sedikit tersentot dengan Ng, namun, dia tetap tenang, dan telah memberitahu Ng bahawa, dia perlu deposit dan dapatkan seorang peguam untuk urusan perjanjian jual-beli hartanah itu yang kemudianya dibalas Ng bahawa, itu semua tidak perlu lagi pada peringkat awal dalam urusan perjanjian jual-beli rumah.

Pada ketika itu juga ADUN Sri Serdang, Satim Diman yang sedang berada berdekatan bersama-sama dengan beberapa ADUN dari BN, telah meluru dan mendapatkan NG sambil bertanya dengan nada yang agak marah,"..apa pasal lu mahu sibuk-sibuk? banyak busy body? apa pasal lu mahu pigi check,apa pasal lu mahu tahu dalam orang punya rumah apa ada?", yang mana telah dibalas Ng,"..apa?..apa?..ada orang mahu bili itu rumah, mesti laa itu orang mahu tengok apa macam itu rumah,apa ada itu dalam, apa? lu bodo ka?".

Ketegangan urat leher itu telah diredakan oleh jurugambar dan wartawan-wartawan yang telah menghampiri mereka untuk mendapatkan komen.

Sebelum itu, Khir Toyo telah menafikan gambar-gambar 'interior design' rumah itu yang telah disiarkan didalam akhbar cina Guang Ming daily. " Itu bukan saya punya rumah", kata Khir Toyo dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis dan akhbar itu.

Pada Isnin lepas Ng telah mengadakan satu sidang akhbar betul-betul dihadapan pintu pagar "rumah agam" milik Khir Toyo itu yang telah dianggarkan bernilai RM24Juta, tidak termasuk tanah yang benilai RM3.8Juta. Ng berkata, tidak mungkin gaji dan elaun Khir Toyo sebagai menteri besar mampu untuk membeli rumah besar itu.

Khir Toyo telah menafikannya dengan memberitahu bahawa, rumah dan tanah itu telah dibeli dengan pinjaman daripada Hongkong & Shanghai Bank sebanyak RM3.5Juta. Khir Toyo juga telah mencabar Ng Suee Lim agar menjual rumah itu jika benar-benar bernilai RM24Juta dan setengah daripada hasil jualan itu akan diberikan kepada NG sebagai upah jika Ng berjaya mendapatkan pembeli.

Dan ketika Ng sedang rancak bercakap dengan wartawan, Satim dan Khir Toyo perlahan-lahan meninggalkan kumpulan wartawan dan jurugambar tadi.




dollah yankee- satu malaya dah heboh,dah hangat dengan cerita rumah besar itu, kita tunggu apa pula komen daripada sprm dan hamdan said... percaya lah tuan-tuan, akhir cerita ini akan jadi macam istana abang zek..

No comments:

Post a Comment