suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, July 13, 2009

Bye-Bye !!


PAS/PR macammana juga seperti yang lain-lain seperti pemerhati politik,penganalisis politik,gurkah-gurkah politik,yang bertauliah, yang ada pejabat yang besar-besar, ataupun daripada yang berpejabatkan kaki lima dan kedai-kedai kopi tepi jalan, sudah pun mendapat maklum khabar yang gembira apabila diberitahu bahawa maklumat terkini mengatakan pengundi-pengundi di-DUN Manik Urai telah membuat keputusan untuk menolak UBN/Najib&Muhyidin, dan akan memberikan satu kemenangan dengan tambahan majoriti kepada PAS/PR pada PRK esok.

Oleh itu PAS/PR telah membuat keputusan untuk mengubah fokus daripada berkempen hanya di Manik Urai kepada membawa balik pengundi-pengundi muda yang berdaftar pada hari mengundi nanti.

Setelah mengharungi kempen selama enam hari di Manik Urai, PAS/PR kini mengubah perhatiannya kepada pengundi berdaftar yang diluar, kebanyakan yang bekerja di Pulau Pinang dan Lembah Kelang.

Kira-kira 5,000 dipercayai sedang bekerja di luar Manik Urai/Kelantan,dan kebanyakan mereka adalah pengundi-pengundi muda dan juga yang baru dimasukan dalam senarai pengundi SPR.

SB yang tak ada balai telah melapurkan dari sana,PAS/PR semalam telah menyiapkan persiapan terakhir dalam minit terakhir ini untuk membawa balik pengundi-pengundi pada PRK esok untuk memberikan satu TKO pada UBN. Oleh itu seseorang dari PAS telah diberi tugas ini untuk membawa pulang pengundi-pengundi ini dari Lembah Kelang dan Pulau Pinang.

Pada PRU-12 lepas, pengundi-pengundi dari luar ini lah antara yang menyumbang kepada kejayaan besar dalam mempertahankan pemerintahan PAS di-Kelantan.

SB 'kacang-parpu' ini juga melapurkan, PAS/PR tidak bimbang tentang 'pengundi hantu' kerana Manik Urai adalah satu DUN yang kecil, para pengundi disana masing-masing kenal antara satu sama lain, jadi itu tidak merupakan satu masalah.

Juga kini sudah ada kedengaran tentang ketidakpuasan hati penduduk-penduduk kampong dengan dengan kehadiran ramai anggota polis untuk mengawal keadaan, pada hal ia bukan lah perlu sebab Manik Urai ini amat kecil, kehadiran anggota-anggota ini juga dikatakan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di Manik Urai.

Dalam pada itu PAS/PR akan memberi satu kejutan kepada penduduk-penduduk Manik Urai dengan satu pengumuman penting dan besar sempena hari mengundi esok.


dollah yankee- it's a miracle kalau UBN boleh menang di Manik Urai...itu yang aku dengaq semasa menghadiri majlis sambutan hari ulangtahun gabenor pulau pinang.

No comments:

Post a Comment