suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, July 22, 2009

BN (Barang Naik) Lagi ?



Sebagai ingin membalas jasa-jasa baik rakyat yang tak jemu-jemu menyokong pemimpin dan parti, pihak yang berkuasa BN pada petang ini akan bermesyuarat sambil pekena karipap dengan cucuq badak akan membuat satu keputusan berhubung dengan cadangan untuk menaikan kadar tarif elektrik.

Kemungkinan besar tarif elektrik yang lebih tinggi akan dibincang diperingkat kabinet pagi ini, dan jika ramai ahli-ahli yang dalam Kabinet mengangkat tangan tanda menyokong proposal ini, maka tarif baru elektrik akan mengambil tempat pada bulan depan.

Macam biasalah alasan pihak yang berkuasa... kenaikan ini tak akan membebankan pihak pengguna lahh.., harga elektrik di Malaysia yang termurah lahh.., TNB rugi banyak lahh.., kos untuk buat elektrik naik lahh.., CEO nak mogok sebab gaji tak cukup lahh.. dan macam-macam lagi laa alasan.


dollah yankee- ...sepatutnya ambil mana-mana kabel elektrik dan jolok 'pungkok' Peter Chin...

No comments:

Post a Comment