suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, July 23, 2009

Baru buka meja, selesai belum lagi...



Tidak apa-apa yang menarik dalam sesi perjumpaan penduduk-penduduk Kg.Buah Pala dengan Lim Guan Eng kelmarin berkenaan dengan isu tanah mereka,kecuali sedikit saat-saat cemas sehinggakan pihak Polis telah dipanggil olih pihak keselamatan diKomtar kelmarin.

Penduduk-penduduk Kg.Buah Pala yang telah mengangkut beramai-ramai kaum keluarga mereka termasuk segala anak,cucu,datuk,nenek itu telah diarahkan tidak dibenarkan naik dan pihak Lim Guan Eng hanya mahukan dua orang sahaja yang mewakili setiap isi rumah naik keatas untuk bermesyuarat telah mengakibatkan sedikit suasana tegang dan sedikit kekecohan telah terjadi diluar bilik mesyuarat ditingkat 28 Komtar.

Akibat dari ketegangan dan kekecohan inilah yang menyebabkan pihak polis telah dipanggil untuk mengawal dan mententeramkan keadaan pada jam 9.00 malam itu.

Peguam yang mewakili penduduk-penduduk Kg.Buah Pala, Darshan Singh, telah tidak dibenarkan masuk kedalam bilik untuk mesyuarat tertutup antara Guan Eng dan penduduk-penduduk yang terlibat.

Olih kerana mesyuarat semalam tidak mencapai sebarang kemajuan, satu lagi mesyuarat akan berlangsung untuk mencapai satu keputusan pada malam ini.

Seorang sahabat yang bekerja dengan TKM-1,Prof.Mansor, ketika dihubungi untuk pelawaan minum pagi, telah berkata, bahawa Prof. Mansor dan Guan Eng begitu gembira dengan perjumpaan dengan 24 keluarga yang terlibat dalam isu ini semalam, dan beberapa keputusan secara tak resmi telah dicapai antara kerajaan Pulau Pinang dengan penduduk-penduduk yang terlibat dan kemungkinan besar satu keputusan akan dapat di'finalised'kan pada malam ini.

Cuma satu sahaja keputusan yang dicapai pada perjumpaan semalam iaitu Lim Guan Eng telah menasihatkan penduduk-penduduk yang terlibat itu supaya mengunci mulut masing-masing dan segala butiran perjumpaan itu dirahsiakan buat sementara.



dollah yankee- setiap hari jam 7.00-7.30 malam, trafik kawasan rumah aku akan terganggu dengan kepulangan 200-300 ekor lembu-lembu dari 'High Chaparral' ini untuk balik ke-kandang...

No comments:

Post a Comment