suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, July 26, 2009

Akhirnya ...

Yang pasti adalah bekas Naib Presiden MIC Datuk S.S.Subramaniam yang tak pernah nak berlaga angin dengan Samy Vellu telah mengumumkan yang dia akan lompat ke parti PKR bersama-sama dengan 2,700 ahli-ahli MIC daripada 13 cawangan di Selangor.

Dia berkata yang dia telah lama memikirkan untuk bersama-sama dengan PKR dan dia akan keluar daripada MIC pada satu pengumuman pada minggu depan.

Subramaniam pernah menjawat jawatan Setiausaha Parlimen di-MITI sebelum bersara pada tahun 1995.

Ketua Cawangan Sri Sentosa Petaling S.Steraram berkata, dia juga akan mengikut Datuk subra melompat ke PKR dan akan menutup cawangan MIC Sri Sentosa Petaling bersama-sama dengan cawangan dari Seksyen 14 Utara,Petaling Jaya, Taman Medan, Kampung Pinang Tunggal, Kampung Perangsana, Kampung Baiduri, Taman Medan Baru, Petaling Baru, Jalan Templar, Impian baiduri dan Taman pekan baru.

Penasihat umum PKR Datuk seri Anwar Ibrahim berkata ahli-ahli MIC itu mengambil keputusan hendak melompat kepada PKR adalah secara sukarela dan PKR tidak pernah menawarkan apa-apa jawatan kepada mereka jika mereka menyeberang kepada PKR kerana mereka percaya kepada perjuangan dan dasar yang di bawa oleh PKR.


dollah yankee- ahli politik, kalau tak berpolitik dan tak ada parti, mana boleh hidupppp....!

No comments:

Post a Comment