suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, July 15, 2009

Aduhhhh...!



Tahniah kepada abe uji kita, biarpun menang dengan majoriti yang tipis, biarpun ramai yang kecewa, biarpun ramai yang terkejut, namun menang tetap menang dan PAS masih mengekalkan kerusi itu biarpun boleh dikata PAS Kelantan telah kena satu penampar dengan orang-orang Manik Urai.

Yang paling penting gurkah-gurkah 'port' telah ketawa berdekah-dekah sebab orang jual ikan boleh 'beat' orang kelas A. Dan tidak keterlaluan jika mereka telah mengibaratkan pertandingan ini sebagai 'ular lidi telan ular sawa'.

'Port' politik biasa disini telah jadi tempat untuk 'post-mortem' kenapa jadi begitu? Apakah pengundi-pengundi muda yang dulu menyokong PAS kini sudah beraleh angin? Atau apakah pengundi-pengundi baru yang pertama kali memangkah telah memangkah BN?

Mungkin juga pengundi-pengundi di Manik Urai terlalu 'over-confident' untuk menang dan mengharapkan pengundi lain hadir memangkah PAS dan berkata dalam hati.."tak apa, aku 1 undi saja,tak pi pun tak pa.."

Atau mungkin juga pengundi-pengundi di Manik Urai bermain dengan permainan 'sapa hulur lebih,dapat! sapa hulur kurang, mendapat!!!


dollah yankee- selamat berkhidmat abe uji...

No comments:

Post a Comment