suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, July 09, 2009

Abe Uji: Hip..Hip..Hore..!!


Lapuran-lapuran terkini dari semua sumber 'underground', termasuk lapuran dari SB yang ada balai dan SB yang tak bertauliah dan tidak ada balai telah menunjukan PAS akan menang besar pada pilihanraya kecil DUN Manik Urai nanti.

Oleh itu calon UBN, Tuan Aziz telah dilihat sudah mula memperlahankan kempen dan tidak mahu membuang masa, tenaga dan wang rnggit meneruskan kerja-kerja kerasnya dalam kempen disana untuk memenangi dan mengambil hati rakyat pengundi Manik Urai.

Manik Urai sebenarnya tidak mempunyai banyak isu-isu baik besar atau kecil yang perlu diperjelaskan kepada pengundi disana. Namun sekiranya Tuan Aziz berpendapat jikalau dia kalah, bermakna punahlah harapan untuk menyamun, maka go ahead ! teruskan hasrat anda untuk menipu, sebab kalau anda tak tipu, tak samun, orang lain akan buat kerja itu menggunakan bendera UBN.

Bagi Sdr Fauzi, dia hanya perlu mendekatkan dirinya kepada pengundi-pengundi kerana tidak ada banyak benda yang hendak dibawa.

Di pahamkan, penduduk-penduduk Manik Urai tidak memerlukan pemimpin mereka berpendidikan tinggi untuk mewakili mereka, tetapi cuma memerlukan seorang wakil rakyat yang dapat memberi perhatian dan akan berada bersama-sama mereka sentiasa.

Jika UBN berbicara tentang pembanggunan di Manik Urai, itu sebenarnya hanyalah pembohongan semata-mata, sebab dengan kedudukan infrastruktur dan ekonomi penduduk, tidak ada apa-apa pembanggunan yang boleh dibangunkan disana, malah penduduk Manik Urai sudah selesa dengan keadaan hidup mereka selama ini.

Penduduk-penduduk Manik Urai kebanyakannya memerlukan khidmat YB hanyalah ketika apabila ingin berjumpa dan menyelesaikan isu-isu dengan Pegawai Daerah berhubung dengan urusan-urusan tanah mereka sahaja. Oleh itu mereka tidak semestinya memerlukan seseorang yang berpendidikan tinggi untuk menjalankan tugas itu.

Biarpun Sdr Fauzi tidak lah sama sepertimana arwah YB Ismail, namun latar belakang pendidikan dan perjuangan kedua mereka untuk penduduk Manik Urai adalah sehaluan.



dollah yankee- kita tengok apa pula najib nak kelentong sekali ini bila BN ditolak sekali lagi

No comments:

Post a Comment