suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, June 13, 2009

WARNING !



Orang ini nampaknya sudah mula menguasai sebahagian daripada mandat rakyat. Secara perlahan-lahan orang ini juga sedang mengubah lanskap politik tanah air. Penampilannya bukan sahaja membuat UMNO/BN sakit perut tetapi juga telah membuatkan mereka lari tak cukup tanah untuk mengejar dan menjauhkan beliau daripada berdepan dengan rakyat.

Aura yang di-miliki beliau juga bukan saja membuatkan rakyat jelata ingin bersama-samanya, dan mempercayai beliau, malah sebahagian daripada pemimpin kanan dalam komponen BN juga sedang mencari jalan yang bagaimana dan sesuai untuk meninggalkan BN untuk bersama-samanya ke-arah Malaysia yang baru.

Kegagahan kini sudah semakin sukar di-gugat oleh lawan dan musuh beliau dalam politik yang telah di-tinggalkanya jauh ke-belakang. Pendominasiannya dalam Pakatan Rakyat juga sudah tidak mampu di-bendung sesiapa pun. Ini jelas kelihatan kepada pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang lebih menurut hala tuju Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim telah banyak mengeluarkan amaran kepada UMNO/BN melalui pilihanraya-pilihanraya kecil, oleh itu Manek Urai adalah amaran terakhir bahawa lanskap politik tanah air akan berubah dalam masa yang terdekat.


dollah yankee- percaya semua ilmu politik yang ada dekat Tun Mahathir, ada pada anwar

No comments:

Post a Comment