suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, June 23, 2009

TUTUP BUKU !!




Keputusan PAS menolak proposal kerajaan perpaduan dengan UMNO sebenarnya telah meninggalkan satu kesan yang sangat dalam kepada UMNO.

Akar umbi cukup paham bahawa tanpa kerajaan perpaduan dengan PAS akan menyebabkan prestasi Najib semakin terencat. Sesungguhnya Najib begitu berharap jika proposal kerajaan perpaduan ini menjadi realiti, Najib akan selamat dan selesa diatas. Tapi apakan daya, harapkan panas sampai ke-petang tapi tengahari hujan pula sudah turun. Najib pasti akan menghadapi berbagai rintangan untuk mentadbir negara.

Bukan sahaja Najib yang akan sakit perut, tetapi juga ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang lain apabila ahli Majlis Syura PAS yang berjumpa telah mengambil keputusan untuk tidak mahu meninggalkan rakan Pakatan Rakyat untuk bersama-sama UMNO.

Semua orang pun tahu, idea kerajaan perpaduan ini adalah bertujuan untuk meraih sokongan dan undi popular untuk UMNO pada PRU-13 nanti.


dollah yankee- semasa dollah badawi jadi pm,rosmah sentiasa dok berdoa agar jeanne abdullah melingkup dari putrajaya.benarlah hidup ini macam roda,pada hari ini ada pula orang lain dok berdoa agar rosmah pula yang melingkup dari putrajaya,dan nampaknya doa itu seperti sudah mahu termakbul...

No comments:

Post a Comment