suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, June 28, 2009

Sayonara.. Gerakan VP !



Sebelum ini memang tak ramai yang kenal dan tak tahu serta tidak mengetahui tentang Naib Presiden Parti Gerakan, Huan Cheng Guan, kecuali orang-rang yang minat politik di Pulau Pinang ini. Tetapi sejak dua minggu lalu,wajahnya sering keluar dalam akhbar-akhbar harian dan telah mula menjadi terkenal.

Huan, bekas Ahli Parlimen Batu Kawan dari Pulau Pinang ini, telah menjadi tajuk-tajuk berita hampir setiap hari tetapi tajuk-tajuk tadi bukanlah sesuatu publisiti yang baik untuknya tetapi lebih merupakan tajuk-tajuk yang yang telah menjahanamkan dirinya.

Karieer politiknya sudah pun sampai ke penghujung disebabkan parti Gerakan telah menghukumnya dengan menggantung keahliannya selama tiga tahun selepas dia didapati menyerang pemimpin atasan dan partinya sendiri.

Dia senang dijadikan tajuk-tajuk berita bukan sebab apa, sebab kalau kita 'jek' sikit dia,kita pujuk sikit dia, dia pun macam 'ulat bulu naik daun' laa..dia pun mula cakap dengan penuh 'eksyen' dengan gaya 'ranggi'.

Seperti contoh bila dia yang jarang-jarang bertandang ke 'port' politik, tiba-tiba muncul, dan dalam sembang-sembang itu dia telah membuka cerita dan berkata bahawa pemimpin-pemimpin parti Gerakan semuanya 'chickens' dan semuanya telah menjadikan parti gerakan seperti sebuah syarikat sendirian berhad. Dia juga kata, parti politik adalah macam kad-kad kredit, kalau kita tak mau VISA kita ambil MASTERCARD, kalau tak mau MASTERCARD, kita ambil AMEX. Tetapi, selepas menyedari ada pula 'hantu raya cina' (rujukan untuk informer dari gerakan) yang sedang mencuri dengar perbualan itu, dia pun sudah tukar 'tune' bila dia kata, Gerakan baginya umpama ibu dan isteri beliau, jadi dia tak boleh nak buang ibunya dan tak boleh cari perempuan lain untuk buat bini..., pulak dahhh..!!

Selepas Huan pergi, kebetulan kami pun kenal dengan 'hantu raya cina' ni, maka giliran kami pula yang korek cerita dari dia. Yang menarik ialah bila Jawatankerja Pusat Gerakan telah memberikan satu surat tunjuk sebab kepada Huan setelah dia mengkeritik pimpinan parti Gerakan.

Cara dia menjawab surat tunjuk sebab itu juga telah menyebabkan keadaan bertambah buruk. Dia telah berjumpa dengan Presiden parti Gerakan di lobi Parlimen dan telah menyerahkan sendiri surat tunjuk sebab itu kepada Presiden parti sambil berkata kepada Tsu Koon dalam bahasa hokkien.."dalam ni ada cheque besar untuk hang..!"

Perbuatan dan perbualan Huan pada Tsu Koon tadi telah di dengar oleh beberapa wartawan cina,apa lagiii... 'big news' laa..

Tsu Koon pula, selepas sedar ada wartawan yang telah terdengar maka dia mengambil keputusan untuk membuka surat tersebut serta merta.Didalamnya disamping surat jawapan, terdapat juga nota ringkas..."maaf sekiranya saya telah melukakan hati parti", Huan kemudiannya cuba memegang tangan Tsu Koon dan ingin menciumnya sepertimana cara orang-orang UMNO kalau jumpa Najib,namun Tsu Koon bukanlah dalam 'mood' yang baik,dengan pantas telah menarik tangannya daripada dicium Huan dan berlalu pergi.

Selepas kes itu, maka pahamlah Huan, riwayat politiknya sudah sampai ke penghujung jalan mati.


dollahyankee - huan ni, dia ada projek besaq di Vietnam

No comments:

Post a Comment