suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, June 17, 2009

Perang Saraf

Ekoran tindakan yang dibuat Nizar pada sidang parlimen kelmarin telah memberikan ilham baru kepada gurkah-gurkah politik dari UMNO untuk melancarkan perang saraf terhadap penyokong-penyokong PAS/Pakatan Rakyat.

Berbekalkan ilham pada adegan kelmarin, gurkah-gurkah dari UMNO ini mula memukul gendang dengan mengatakan akibat tindakan dari Nizar itu telah menyebabkan 'boss'nya, Timbalan Presiden, Nasharudin Mai Isa tidak berapa berkenan dan mula merenggangkan dirinya daripada Nizar.

Tetapi, bukan itu yang berlaku, tetapi adalah disebaliknya, bila Nasharudin tetap mempertahankan tindakan yang dibuat oleh Nizar.

Nasaharudin berkata, tindakan Nizar itu adalah tindakan seorang wakil rakyat yang mewakili rakyat negeri Perak, dan jika diberi pilihan, rakyat negeri Perak akan melakukan perkara yang sama. Tujuan Nizar itu juga untuk memberitahu dunia apa yang sebenarnya yang rakyat negeri Perak mahu.

Biarpun Nizar tidak memmaklumkan kepada sesiapa pun akan tindakan yang akan dilakukan tetapi, sudah dilakukan dan Nasharudin menerima tindakan Nizar itu, dan sekiranya Nizar memberitahu awal-awal kepadanya sudah pasti lah dia akan cuba bersedia dengan beberapa pelan lagi.

Tentang enam lagi Ahli Parlimen yang ikut sama digantung itu, Nasharudin menjelaskan bahawa keenam-enam mereka itu, pada bila-bila masa pun kain pengikat kepala 'Bubarkan DUN Perak' itu sentiasa sahaja ada didalam kocek seluar mereka, jadi bila melihat tindakan spontan Nizar yang cuba menunjukan dan memaklumkan betapa seriusnya situasi di-Perak , maka mereka pun ikut sama teruja.

Dipahamkan tidak akan ada sebarang tindakan disiplin akan dikenakan kepada Nizar.

Nampaknya sedikit kecewa gurkah-gurkah dari UMNO ini bila perang saraf dengan cubaan mengapi-apikan penyokong-penyokong PAS ini telah gagal.


dollah yankee- aku sendiri dapat merasakan betapa Nizar begitu kecewa dengan apa yang terjadi di-Perak, aku juga rasa bahawa dia mungkin mahu para Ahli Parlimen lain agar berpegang kepada sumpah sebagai wakil rakyat yang akan mempertahankan undang-undang dan itu juga termasuk dalam prosedur DUN Perak.

No comments:

Post a Comment