suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, June 27, 2009

Pemborong ikan calon PAS untuk Manek Urai

Bendahari PAS Kuala Krai, Mohd. Fauzi Abdullah, telah di-pileh sebagai calon PAS untuk kerusi N-41 Manek Urai pada pilihanraya kecil yang bakal berlangsung pada bulan depan.

Mursidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz yang telah pun membuat pengumuman itu berkata, Mohd.Fauzi, 50 tahun, telah di-pileh sebab latar belakang agamanya dan telah di-terima oleh penduduk dan pengundi-pengundi Manek Urai.

Dia juga di-katakan telah mula memakai serban sejak dari muda lagi. Dan dia lah calon yang paling sesuai untuk membuat kesinambungan kerja-kerja yang telah di-tinggalkan allahyarham Ismail Yaakob, bekas wakil rakyat PAS Manek Urai. Pengumuman itu telah di-buat pada satu majlis di-tengah-tengah padang awam di Manek Urai semalam.

Ketika sesi 'question & answer' dari wartawan, Mohd.Fauzi yang begitu terkejut dengan pemilihanya sebagai calon itu telah mengalihkan semua soalan-soalan daripada wartawan kepada penasihat pilihanraya PAS Wan Rahim Abdullah, ini kerana dia masih belum bersedia untuk mendapat publisiti besar-besaran daripada akhbar, kerana dia sudah pun di-kenali hampir 95% oleh pengundi-pengundi Manek Urai, itu yang penting.

Di-pahamkan calon ini datang daripada keluarga lapan beradik dan biarpun adik-beradiknya telah belajar sehingga ke peringkat PhD, namun Mohd.Fauzi hanya lah bersekolah sehingga ke peringkat sekolah menengah sahaja.

Namun bagaimanapun itu tidak menjadi persoalan besar kerana sepanjang dia menjadi Bendahari PAS Kuala Krai, dia telah menunjukan sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan dia juga seorang ushawan yang amat berjaya.

Mohd.Fauzi juga telah di-katakan mendapat undian yang paling tinggi daripada pengundi manek urai daripada tiga calon yang telah di-senarai pendek untuk di-calonkan bagi bertanding pada kerusi ini dan telah di-pileh setelah di-persetujui oleh Jawatankerja PAS Pusat.



dollah yankee- akal panjang, latar belakang ugama yang baik, kepala otak bergeliga, ada fulus sikit, sudah cukup untuk menjadi pemimpin yang baik...InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment