suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, June 06, 2009

PAS menunjukan impiannya


Terlebih dulu diucapkan tahniah kepada Ustaz Nasharudin yang telah mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar kelmarin.

Mesyuarat tahunan PAS atau Muktamar PAS kelmarin, sudah tidak sama dan tidak lagi sepertimana dulu. Pada hari ini, muktamar PAS adalah sesuatu yang begitu menarik dan menjadi perhatian ramai dari dalam dan luar.

Pada upacara pembukaan muktamar ini di-Shah Alam kelmarin, perhimpunan ini jelas sekali telah menjadi perhimpunan yang terbaik dari perhimpunanya sebelum ini.

Ianya satu perhimpunan yang telah dibuat,dirancang dan disusunatur dengan begitu baik sekali untuk menunjukan kepada rakyat Malaysia bahawa, PAS adalah satu parti alternatif untuk rakyat Malaysia dan orang melayu khasnya bahawa, mereka adalah parti yang sedang menunggu untuk memerintah.

Puak-puak UMNO/BN mungkin masih lagi berkata.."Nak memerintah?Jangan mimpi laa..!", tetapi bagi penyokong-penyokong PAS, .."Hang kata pi laa..apa pun", mereka tetap dengan keyakinan mereka bahawa PAS sedang menunggu masa untuk memerintah.

Dengan kerlipan lampu-lampu neon yang bewarna-warni yang menyuloh replika komplek yang bakal dibina yang bernilai jutaan ringgit di-Putrajaya, yang dilimpahi dengan cahaya pancaran, dengan kilauan warnanya ketika acara pembukaan dimulakan dengan suasana kabus, tumpuannya hampir melebihi daripada ucapan dasar Presiden.

Komplek yang dicadangkan itu bakal menyaingi Ibu pejabat UMNO di PWTC.

Upacara pembukaan kelmarin penuh dengan pesanan-pesanan dan isyarat-isyarat penting.

Seperti contoh, dimana PAS telah menganugerahkan hadiah kepada dua sastrawan dunia melayu Datuk Hasan Ahmad dan A.Samad said yang lebih suka akan ideologi dan dasar-dasar PAS. Ianya begitu jelas sekali menggambarkan bahawa kedua-dua tokoh ini tiada langsung masalah sekiranya PAS memerintah nanti.

Dengan pemilihan venue di Stadium tertutup Malawati ini, jelas menunjukan masa-masa mereka yang terpaksa bersesak-sesak dan begitu padat dalam suasana kampung pada perhimpunan yang lepas-lepas di kem mereka di Taman Malewar bakal menjadi sejarah.

Apa-apa pun, ucapan dasar Presidennya Datuk Seri Hadi Awang lah yang menjadi tumpuan dan dirasakan cukup-cukup menarik. Menurut gurkha-gurkha politik yang mendengar ucapan itu, suara-suara sumbang yang berbentuk radikal dan kelantangan yang melampau sudah hilang, dan PAS kini sedang berusaha untuk menarik perhatian orang-orang diluar sesuai dengan apa dilaungkan "PAS For All"


dollah yankee- muktamar kelmarin juga sudah jadi perhatian "bookie"

No comments:

Post a Comment