suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, June 21, 2009

PAS berusaha mengawal imej yang sedikit tercemar.



Majlis Syura PAS adalah badan tertinggi dalam parti itu yang membuat keputusan-keputusan terakhir dalam apa juga benda baik dasar-dasar parti mau pun lain-lain keputusan berhubung denganya. Dan kesemua ahli-ahli dalam Majlis Syura PAS itu terdiri daripada para ulamak.

Dan Majlis Syura PAS itu juga telah mengadakan satu perjumpaan eklusif dalam usaha untuk mendamai dan menenangkan Murshidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz yang ternyata tidak gembira dan begitu berang dengan usaha yang dikatakan perbincangan tentang kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Dipahamkan perjumpaan itu bertujuan untuk melegakan kenyataan yang menghentam Hadi dan Nasharudin oleh nasharudin yang dikatakan telah memulakan perkara rundingan kerajaan perpaduan itu.

Nasharudin sampai hari ini masih tetap mengatakan bahawa dia bukan pandai-pandai membuat sebarang keputusan memandangkan dia juga tahu undang-undang parti bahawa, apa-apa juga perkara yang melibatkan PAS perlulah melalui Majlis Syura dan juga keputusan daripada ahli-ahlinya ketika muktamar.

Perjumpaan selama dua jam yang berlangsung di rumah Kelantan di ibu kota itu telah dihadiri oleh Nik Aziz, Dr.harun Din, bekas ketua PAS Perak, Ahmad Awang dan ahli Majlis Syura PAS, Ghani Shamsudin.

Tiada seorang pun daripada mereka dalam perjumpaan itu mahu bercakap tentang perjumpaan itu, tetapi maklumat dari 'port' dipahamkan bahawa Majlis Syura itu telah menolak perkara kerajaan perpaduan dengan UMNO itu memandangkan ianya akan digunakan oleh UMNO sebagai strateginya untuk berkempen bagi mengelirukan 'kepala otak' pengundi,penduduk dan penyokong-penyokong PAS pada pilihanraya kecil di Manik Urai itu nanti.



dollah yankee- kepada pengundi manik urai, jangan lah anda terpengaruh dengan cerita-cerita yang bakal di ceritakan oleh umno pada pilihanraya kecil nanti, semua yang akan anda dengar pada kempen itu nanti adalah bohong..tipu.. belaka.

No comments:

Post a Comment