suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, June 12, 2009

Nik Aziz pun boleh hilang sabar,inikan pula kita...



Datuk Nik aziz sudah hilang sabar dan naik angin apabila Pengarah Pilihanraya PAS Mustafa Ali mahukan ahli-ahli parti berdiam diri berhubung dengan perbincangan kerajaan perpaduan antara PAS dengan UMNO.

Semangat yang ada dalam diri Nik aziz ini macam juga yang ada dalam diri Tun mahathir, iaitu sentiasa akan bersuara keatas sesuatu yang dirasakan tidak betul, mereka akan bersuara secara terbuka, dan jika ada orang yang mahukan dia berdiam diri, ini bermakna dia perlu tahu kenapa perlu diam.

Mereka-mereka yang dibelakang gerakan untuk perbincangan kerajaan perpaduan ini telah merasakan bahawa apa yang dirancangkan berhubung dengan perkara ini sudah mencapai tahap bahaya, atau 'may-day'.Sebab itu lah ahli parti diarah berdiam diri.

Sebagai orang islam kita semua tahu, semasa zaman nabi Muhammad SAW pun, baginda tidak pernah menyuruh umat-umatnya berdiam diri bahkan, telah meminta agar banyak bertanya kerana setiap soalan pasti ada jawapanya. Nik Aziz masih lagi tidak berpuashati dengan dengan puak-puak yang masih berminat untuk meneruskan idea berbincang dengan UMNO berkenaan kerajaan perpaduan.

Nik aziz tetap mengatakan mereka yang masih keras hati ungtuk meneruskan perbincangan itu adalah tak ubah seperti boneka dan kuda tunggangan UMNO.

Nik Aziz juga masih tetap dengan ikrar dan janji PAS untuk bersama dengan gabungan Pakatan Rakyat semasa perhimpunan agung PAS tahun lepas di Ipoh.


dollah yankee- sekali-sekala pemimpin politik perlu tunjuk garang !

No comments:

Post a Comment