suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, June 14, 2009

Menunggu Esok

Sidang Dewan Rakyat esok yang akan berlangsung telah di jangka akan PANAS BERAPI, dengan Ahli-Ahli Parlimen yang sudah PANAS PUNGKOK dan tidak sabar untuk tunjuk kepada satu Malaya bahawa konon-konon merekalah yang berkhidmat MACAM NAK MAMPUIH untuk rakyat selepas dua bulan setengah berehat.

Persidangan itu juga akan melihat Dewan Rakyat menerima seorang ahli baru iaitu Nizar Jamaludin yang akan mengangkat sumpah sebagai MP Bukit Gantang bersama-sama dengan Najib Razak yang hadir sebagai Perdana Menteri berserta dengan barisan kabinetnya sejak memegang tampuk kuasa.

Di-jangkakan persidangan akan bermula dengan upacara angkat sumpah Nizar Jamaludin (PAS-Bukit Gantang) sebagai ahli parlimen yang baru.

Suasana di-jangka akan mula PANAS dan HANGAT bila Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim untuk membuat soalan pertanyaan kepada Menteri Dalam Negeri, bertanyakan tentang tindakan polis yang menyerbu sidang dewan undangan negeri Perak dan mengheret keluar Speakernya.

Kehadiran Nizar Jamaludin, bekas Menteri Besar Perak, sesungguhnya akan MENGHANGATKAN lagi bahang kepada soalan itu nanti, yang dah tentunya akan di-jawab oleh Hishamudin, tetapi kalau dia memang PONDAN jawapan itu akan di-berikan oleh dua timbalannya.

Lain-lain soalan yang sedang di-nanti ramai ialah tentang usul penubuhan Suruhanjaya Di-Raja berhubung dengan PKFZ. Samaada akan di-benarkan atau di-tolak oleh Pandekar Bujang Lapok..ooppsss 'i mean' Pendikar Amin The Speaker tidak akan menunjukan sebarang perbezaan kerana Ahli-Ahli Parlimen ini semua tentulah tidak akan melepaskan peluang yang datang ini untuk menjerit-jerit dan menumbuk meja.

Yang menariknya persidangan esok akan menyaksikan tiadanya Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang telah di-gantung, begitu juga dengan Ong tee kiat. (kononnya keluar negara,entah-entah nak kena pasal PKFZ, dia awai-awai cah cabut)



dollah yankee- nak tengok reaksi MP Kepala Batas, di-mana dia nak duduk?

No comments:

Post a Comment