suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, June 01, 2009

Mengenal 'Along'

Oleh: Wartawan Blogger
(numeroquarto@gmail.com)



Insiden yang telah mengejutkan, dimana tiga peminjam wang dari 'ceti haram' atau 'along' yang telah dirantai seperti anjing dan disiksa oleh 'along' telah mendedahkan betapa keburukan, tiada berperikemanusiaan dan keganasan yang diamalkan oleh industri yang bernilai jutaan ringgit yang amat tinggi keuntungannya, dimana perniagaan 'ceti haram' ini dikatakan lebih selamat daripada bisnes menjual ganja atau syabu.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada beberapa sahabat di dalam PDRM, perniagaan 'ceti haram' didalam negara kita ini telah berkembang dengan begitu pesat dan begitu memberangsangkan sekali, dan dengan beberapa alasan yang kuat, dapat disimpulkan bahawa perniagaan 'ceti haram' atau 'along' ini tidak menunjukan yang ianya akan berakhir didalam jangka masa yang terdekat.

Tidak seperti menjual ganja atau syabu, pelacuran atau perjudian, perniagaan 'ceti haram' telah dilihat amat selamat untuk dipertaruhkan oleh sindiket-sindikit kerana ia melibatkan langkah-langkah yang mudah dengan menggunakan wang untuk membuat lebih banyak wang.

Kebanyakan 'along' bermula daripada bawah. Pada mulanya mereka akan bekerja untuk seorang 'boss' dengan mengedarkan risalah-risalah iklan pinjaman wang, dan berpandukan kepada pencapaian serta prestasi, mereka akan akan dinaikan pangkat menjadi 'staff' kepada syarikat atau sindikit ini.

Sebagai seorang 'staff', mereka akan bekerja dibawah seorang 'supervisor', dan bidang tugas adalah lari kesana sini, mengutip bayaran, memeriksa peminjam yang liat dan mengejar peminjam yang tidak membayar pinjaman 'on time'.

'Along' ini akan dinaikan pangkat menjadi 'supervisor' jika prestasi kerjanya baik dalam menerima dan menjalankan arahan-arahan, membawa masuk peminjam-peminjam baru untuk 'boss' dan mengutip bayaran dalam tempoh masa yang dipersetujui oleh peminjam. 'Supervisor' ini akan dinaikan pangkat menjadi 'manager'. Ini selalunya akan mengambil masa beberapa tahun, bergantung kepada kemampuanya untuk melakukan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan.

Dan sebagai seorang 'pengurus', 'along' ini akan menikmati beberapa faedah-faedah yang menarik seperti, mendapat kemudahan kereta syarikat dan gaji bulanan, dan jika dia berjaya memberikan banyak keuntungan tanpa apa-apa masalah kepada syarikat atau sindikit ini, ia juga akan mendapat 'bonus' tahunan atau 'angpow', selalunya ketika tahun baru cina lah.

Dan jika peminjam itu gagal menjelaskan pinjaman,maka 'along' ini terpaksa melakukan banyak penjelasan terhadap 'boss' mereka, dan ini lah yang menyebabkan 'along' ini akan melakukan tindakan-tindakan drastik secara kejam atau gaya 'gangster' agar peminjam tadi dapat menjelaskan pinjaman itu dan juga sebab peminjam ini ada lah 'liability' kepada 'boss' mereka.

Menurut sahabat dari PDRM itu lagi, untuk menahan dan menangkap 'along' ini amatlah sukar kerana mereka selalunya banyak menyamar dalam berbagai cara dan modus operandi.

akan bersambung...


dollah yankee- pelakun 'along' kamarudin tu pun 'along' juga ke..?!..kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment