suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, June 29, 2009

Manek Urai N-14: Salam Perjuangan



PAS mempunyai banyak perkara yang boleh di-tawarkan kepada pengundi-pengundi di-Manik Urai daripada BN yang hanya pandai berpolitik dan membuat janji-janji kosong sejak 20 tahun yang lalu yang telah membuatkan kita semua khayal dan syok sendiri selepas mendengar janji-janji kosong mereka.

Dan janji-janji kosong itu akan di-ulang tayang lagi pada minggu kempen untuk pilihanraya kecil Manik Urai nanti.

Pengundi-pengundi di-Manik Urai mempunyai lebih banyak alasan untuk mengundi calon PAS saudara Mohd.Fauzi pada pilihanraya kecil ini nanti daripada BN yang hanya pandai menawarkan cakap-cakap kosong, tetapi langsung tidak membuktikan diri mereka dengan mengotakan janji-janji mereka itu untuk memperbaiki taraf kehidupan pengundi-pengundi di-Manik Urai.

Apa yang dapat PAS tawarkan adalah bukan sahaja kehidupan selepas mati tetapi juga pembanggunan yang telah di-rancang dengan begitu baik sekali sepertimana yang di-kehendaki oleh agama kita. PAS sebenarnya menawarkan kedua-dua itu, semasa hidup dan selepas mati.

PAS terlalu popular di-Manik Urai dan BN akan menghadapi jalan dan lorong yang penuh dengan ranjau dan duri, dan peluang untuk BN menang amat mustahil sama sekali... Insya Allah..!

Pengundi-pengundi di-Manik Urai juga sebenarnya tidak akan mendapat apa-apa benda yang boleh menguntungkan mereka yang telah banyak di propagandakan BN untuk memperbaiki taraf kehidupan dan status ekonomi penduduk dan pengundi Manik Urai.


dollah yankee- BN harap bersedia untuk di-tolak lagi..

No comments:

Post a Comment