suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, June 12, 2009

Lu kena paham "Malay Federations"

MCA Kata: ...Bukan melayu dalam keadaan yang bahaya.

MCA mula rasa sesak nafas bila satu malaya asyik dok bincang tentang rancangan PAS dengan UMNO atau lebih tepat perancangan orang-orang melayu untuk bersatu dalam mentadbir negara.

MCA begitu bimbang bila pentadbiran negara nanti kelak akan diterajui oleh orang-orang melayu, orang-orang cina akan merasakan hak-hak keistimewaan orang-orang bukan melayu akan dipinggirkan.

Belum apa-apa MCA sudah menuduh PAS mempunyai agenda tersembunyi dalam perkara kerajaan perpaduan ini, dan yang paling menarik MCA mula mencurah minyak keatas api bila mereka telah mencabar DAP dan cina-cina di-dalam PKR supaya menjelaskan pendirian mereka dalam perkara kerajaan perpaduan ini.


GERAKAN Kata: ... PAS yang sentiasa dengan objektifnya kepada negara Islam.

Kerjasama antara PAS,DAP & PKR dalam Pakatan Rakyat lebih kapada untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada pengujudan satu negara islam seperti yang diwar-warkan oleh PAS yang sejak dulu.

Gerakan juga cuba tidak mahu terlepas daripada menjadi hero untuk orang-orang cina bila berkata, PAS akan menegakan negara Islam apabila berkuasa dengan menggunakan platfom Pakatan Rakyat dan mendapat undi daripada bukan melayu. Maksudnya cina lahhh..sebab berapa kerat sangat undi hindu?


dollah yankee- kalau mau tau..ini negeri kita punya tok nenek punya !!

No comments:

Post a Comment