suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, June 09, 2009

KJ pula lepaskan jawatan



Ini bukan KJ menantu Dollah kaki ZZZZZZZZZ, tetapi Kamarudin Jaafar, Setiausaha Agung PAS.(10,15 tahun dulu,Kamarudin Jaafar ini lebih dikenali sebagai KJ dilingkungan kawan-kawan rapatnya)

Kamarudin Jaafar yang telah melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung PAS pada muktamar ahad lepas, tidak akan meminta untuk dilantik semula ke jawatan itu. Kamarudin juga akan terpaksa menolak untuk dilantik semula jika ada tawaran dari pimpinan tertinggi PAS.

Dipahamkan Kamarudin akan menghabiskan lebih banyak masa-masanya bersama-sama dengan keluarga beliau dan juga disamping menjaga isteri kesayangan yang tidak sihat.

Bagaimanapun Kamarudin akan tetap bersama-sama dengan Jawatankuasa Pusat PAS, kerana telah dipileh oleh perwakilan untuk duduk dikerusi itu pada muktamar ahad lepas.

Kamarudin juga menafikan cakap-cakap gurkha-gurkha politik yang dia melepaskan jawatan itu gara-gara tewasnya 'sparing partner'nya untuk jawatan nombor-2 dalam parti. Kamarudin juga menjelaskan bahawa keputusan untuk melepaskan jawatan itu telah dibuat sebelum berlangsungnya muktamar, dan bukan sebab hasil keputusan pemilihan yang menyebabkan dia 'resign'.


dollah yankee- it's okey..patah tumbuh hilang berganti, PAS sebenarnya tidak kurang ramai ahli-ahli yang berkaliber

No comments:

Post a Comment