suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, June 08, 2009

Ini baru betoi 'Malay Dilemma'




Muktamar PAS kelmarin telah dilihat sebagai perhimpunan PAS yang paling manjadi perhatian. Seperti yang kita paham, lain-lain rakan dalam Pakatan Rakyat pula telah melihatnya dengan penuh minat. Begitu juga lah dengan UMNO dan rakan-rakan penyamun mereka yang lain dalam BN. Begitu juga dengan rakyat-rakyat marhain Malaysia yang lain membuatkan ianya telah mendapat liputan meluas media dengan kehadiran lebih kurang 350 wakil media dari dalam dan luar Malaysia.

Muktamar, dah pun selesai, tapi isu yang telah membahagikan dua kem masih lagi mendidih, tetapi secara perlahan.

Ia lebih merupakan dilema kepada PAS yang ingin bermain sebagai pemain besar dalam Pakatan Rakyat, sementara pada masa yang sama mereka ingin bersama UMNO sekiranya ada BAHAYA BESAR MENANTI jika MELAYU HILANG KUASA POLITIK.

Pada ceramah yang padat sabtu malam, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang kelihatan begitu letih tetapi semangatnya tetap waja, tidak berpatah balik atau 'flip-flop' tentang pendapatnya berkenaan beberapa pemimpin tinggi PAS mendesak untuk meneruskan pelan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Kata Tuan Guru Nik Aziz,ianya adalah satu idea yang tak masuk akal dan tindakan itu karut. Ini memberi sedikit kejutan kepada kumpulan Jawatankuasa Pusat yang baru dipileh pada jumaat lepas kerana jawatan-jawatan tinggi yang dimenangi terdiri daripada kumpulan yang bersedia untuk berbincang dengan UMNO, dan juga kumpulan yang ingin menjadi pemain besar dalam PR juga dipileh.

Nik Aziz tidaklah menyebut nama-nama yang terbabit, tetapi semua orang dalam ceramah itu tau, sindiran tajam itu dihalakan pada Tuan Guru Hadi Awang dan timbalannya yang baru dipileh, Nasharudin Mat Isa.

Nombor 1 dalam parti dan nombor 2 dalam muktamar selama tiga hari itu tetap mengatakan mentol idea kerajaan perpaduan masih menyala.

Akibat daripada pertembungan antara kumpulan konservatif dan kumpulan sederhana dalam parti serta keputusan pemilihan pada muktamar ini juga aku rasa akan menyebabkan Tuan Guru Nik Aziz berseorangan dihujung sudut. Banyak ulama-ulama kanan dan terkenal termasuk Dr. Harun Din bersama-sama dengan Haji Hadi dalam isu agenda kerajaan perpaduan ini.

Yang paling kecewa dengan kekalahan Husam ialah pemimpni tertinggi PKR. Ini kerana Husam dilihat sangat akrab dengan mereka dan jika Husam menang tentulah ikatan antara dua parti ini akan bertambah kukuh dan tidak akan goyang sama sekali.

Husam juga dilihat begitu komited dengan idea PR ini, dia juga menghalang sebarang urusan dengan UMNO dan tidak berahsia tentang lawanya pada muktamar itu Nashartudin yang dikatakan bermain-main mata dengan dengan parti utama dalam BN.

Husam juga mempertahankan kenyataan kemenangan PAS yang banyak pada PRU-12 adalah disebabkan rayuan Anwar kepada pengundi.."jika tak puas hati dengan BN, pangkah apa saja asal bukan BN" Untuk memenangi lebih banyak kerusi dengan undi dari bukan-melayu, PAS terpaksalah lebih menunjukan sikap mesra disamping BN yang juga sedang membersihkan imej mereka.

Nasharudin adalah orang yang menjadi perhatian pada muktamar itu. Dia telah menggunakan sesi terakhir muktamar memperjelaskan apa perlu, dia juga menafikan yang pimpinan tinggi PAS mahu membawa PAS masuk kedalam UMNO.

Namun begitu, ahli-ahli parti tetap tertanya-tanya dengan kata-kata nasharudin yang pintu dailog untuk mana-mana parti politik atau kumpulan-kumpulan tidak akan ditutup. Ahli parti begitu bimbang jika kumpulan yang dimaksudkan Nasharudin adalah tidak lain dari UMNO. Sehingakan ada yang kata dua penggal jadi timbalan presiden, Nasharudin dikenali sebagai pemimpin PAS yang berkawan baik dengan musuh.

PAS tidak akan dapat bergerak jauh jika tidak mendapat sokongan daripada bukan-melayu dan itu adalah cabaran besar dan berat buat Nasharudin untuk dua tahun yang akan datang.

Dan dalam PAS juga ada kumpulan yang sudah tidak sanggup untuk menunggu dengan lebih lama untuk memerintah diperingkat persekutuan dan kumpulan ini juga sudah nampak dengan menjadi sebahagian daripada PR sajalah yang akan mempercepatkan langkah mereka ke Putrajaya, biarpun terpaksa bekerja dengan DAP.


dollah yankee- sedih,kecewa,frust menonggeng dengan perkembangan dalaman ini.

1 comment:

  1. Saya amat bersetuju dengan pendapat Datuk Seri Nik Abdul Aziz.

    Saya undi PAS pada pilihan raya yang lepas kerana saya tidak undi untuk UMNO.

    Saya undi PAS kerana saya ingin beri peluang kepada PAS supaya untuk memerintah dengan saksama.

    Sekiranya PAS ingin bersama dengan UMNO yang mengamalkan perkauman saya tidak teragak-agak untuk tidak mengundi PAS pada pilihan raya yang akan datang!

    Regards,

    Malaysian Come First
    GoMalaysian.Blogspot.Com

    ReplyDelete