suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, June 25, 2009

Huan Cheng Guan ... KOMA !



Persepsi daripada mana-mana ahli-ahli parti politik, serta pandangan daripada gurkha-gurkah politik di'port' ialah, bila seseorang itu telah digantung keahliannya maka dia akan dianggap telah cedera parah dan sedang dalam rawatan sama ada di wad ICU atau CCU dengan hidupnya bergantung kepada alat sokongan hayat dan hanya menunggu masa sahaja untuk mati.

Itu lah dilema yang sedang dihadapi Naib Presiden parti Gerakan, yang telah digantung keahlianya selama tiga tahun akibat membuat serangan terhadap kepimpinan partinya dan telah menggugut hendak keluar daripada parti bersama-sama dengan pengikut setianya yang dianggarkan dalam lingkungan 1000 hingga 2000 orang.

Mentor-mentor yang sudah 'tua nak mampos' yang masih aktif didalam parti Gerakan ini lah yang sebenarnya telah melanggar lari Huan dalam usaha mereka untuk membunuh karier politik Huan. Tujuan mentor-mentor 'tua nak mampos' ini tak lain tak bukan melainkan setelah melihat Huan yang sedang naik mencacak dalam Gerakan begitu cepat menyebabkan mata mereka sudah jadi merah, jadi mentor-mentor 'tua nak mampos' ini sebenarnya ingin memberi laluan kepada putera dan puteri kesayangan mereka didalam parti Gerakan ini untuk menarajui kesinambungan mereka, oleh itu tiada jalan lain kecuali 'kasi mati sama dia'.

Kecederaan parah yang dialami Huan dalam kemalangan politik ini, akan menyebabkan musnahnya karier politik Huan dalam parti gerakan. Huan sudah tidak boleh dan tidak akan mendapat apa-apa jawatan pun dalam parti Gerakan yang membuat pemilihan pada tahun 2011 nanti disamping tidak juga boleh mengambil sebarang bahagian pada pilihanraya umum yang ke-13 tak lami lagi.

Namun biarpun sedang koma dan sedang dibantu alat skongan hayat, Huan tetap bersemangat untuk hidup apabila perlembagaan parti Gerakan jelas ada menyebut bahawa,ahli-ahlinya yang sedang digantung ketika menunggu siasatan sepenuhnya selesai,ahli itu berhak untuk di'review' semula kesalahanya selama setiap enam bulan sekali.


dollah yankee- semoga undang-undang perlembagaan ini merupakan talian hayat untuk Huan terus hidup dalam parti Gerakan.Jika tidak maka terpaksalah Huan lompat pi parti PAS, sebab PKR dan DAP awal-awal lagi telah menolak dan membantah kamasukan Huan ke parti masing-masing.

No comments:

Post a Comment