suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, June 26, 2009

'Flu Babi', more information please..!



APA kah kita semua sudah bersedia untuk pandemik atau satu wabak besar?

Ketika keluar mencari sarapan berhampiran sebuah pasar basah pagi tadi, terdengar beberapa orang makcik sedang syokk bercakap tentang wabak 'flu babi' yang sedang menyerang di Malaysia dan makcik-makcik tadi pun tahu bimbang, apabila butiran perbualan tadi yang sempat aku curi dengar ialah, bagaimana dan apa cara pihak yang berkuasa iaitu kementerian kesihatan mengendalikannya.

Laman web Kementerian Kesihatan di-lawat tidak nampak telah memberikan maklumat-maklumat yang cukup untuk mengajar serta memaklumkan kepada orang awam apa yang patut di-lakukan sekiranya di-dapati mereka mempunyai simtom-simtom yang seakan-akan telah di-jangkiti 'flu babi'.

Setelah memeriksa laman web tersebut, di-dapati tidak terdapa banyakt panduan-panduan yang sewajarnya yang patut di-ketahui oleh orang awam yang membolehkan mereka melindungi diri, serta mengambil langkah-langkah yang perlu dan berjaga-jaga agar mereka tidak di-jangkiti 'flu babi'.

Kebanyakan maklumat-maklumat penting di-dalam laman itu, di-dapati telah tertimbus dengan berita-berita lain dan hanya terdapat laporan-laporan berkaitan dengan penyakit itu.

Di-pahamkan banyak aduan mengenai orang ramai yang terpaksa bertekak untuk mendapatkan pemeriksaan untuk mempastikan mereka bebas dari penyakit itu, dan kurangya kesungguhan 'staff' hospital untuk melayan orang awam yang pergi untuk mendapatkan pemeriksaan untuk memastikan mereka tidak ada simptom-simptom 'flu babi', terutamanya mereka yang pulang dan sama-sama berada di-dalam penerbangan yang sama dengan penumpang yang telah di-jangkiti wabak itu.

Di-pahamkan juga, ada sesetengah 'staff' hospital telah memberikan maklumat-maklumat yang tidak begitu konsisten terhadap orang awam yang pergi untuk untuk mendapatkan pemeriksaan terhadap simtom-simtom itu. Sesetengah laman-laman web hospital-hospital yang tersenarai untuk di-rujuk juga telah di-gantung perkhidmatanya.

Ada sahabat yang cuba menghubungi beberapa hospital juga telah tidak mendapat respon. Ada satu hospital tu telah menyuruh menunggu di-talian biarpun mereka telah mengatakan dengan jelas bahawa mereka ingin bertanyakan tentang penyakit 'flu babi' ini.

Makcik-makcik ni semua mungkin berharap agar pihak kementerian kesihatan mempunyai setrategi khas bagaimana mahu mendekati orang awam yang di-luar sana dan jangan mengharap agar orang awam ini melawat laman web mereka untuk mencari maklumat.

Dan makcik-makcik ni juga mungkin berharap semoga kementerian rajin-rajin dan tekun memberitahu orang awam akan senarai hospital-hospital yang mengendalikan khusus kes-kes 'flu babi' ini.

Sistemnya haruslah di-reka dengan cekap dan berefektif sekali dalam berurusan dengan situasi wabak 'flu babi' ini.


dollah yankee- pun tak tau simptom-simptom 'flu babi' ini...

No comments:

Post a Comment