suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, June 12, 2009

Erdogans Secret Meeting?

Kumpulan ulama mungkin telah berjaya mendominasi kerusi-kerusi tertinggi PAS selepas selesai muktamar, tetapi ketidakpuasan hati sesama mereka masih belum berakhir.

Satu perjumpaan rahsia telah dibuat di Kuala Lumpur untuk membincangkan cara-cara untuk menghalang kepimpinan tertinggi parti dari meneruskan rancangan cadangan untuk perbincangan tentang kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Ada sumber telah memberitahu bahawa perjumpaan rahsia itu telah dihadiri oleh hampir kesemua calon-calon yang tewas pada pemelihan di muktamar hari itu dan ini juga termasuk dengan Nik Aziz, Husam Musa, Hatta Ramli, Kamarudin Jaafar dan beberapa lagi muka-muka yang si-sumber tak kenal.

Perbincangan pada perjumpaan rahsia itu lebih menumpukan kepada usaha penghalangan pihak konservatif dalam PAS, yang begitu cenderung untuk untuk meneruskan hasrat merapatkan perhubungan dengan UMNO.

Apa-apa pun satu rancangan yang pasti, telah dicapai untuk perumusan bagi menghalang perbincangan cadangan kerajaan perpaduan itu dari di-teruskan.

Nik Aziz di-lihat begitu kecewa dengan perkembangan dalam usaha-usaha untuk menghidupkan semula perbincangan dengan UMNO oleh puak-puak konservatif ini.

Nik Aziz juga dikabarkan begitu tidak senang hati kerana ketidakpersefahaman sesama mereka dalam PAS berhubung perkara cadangan kerajaan perpaduan ini. Nik Aziz juga membayangkan bahawa perselihan pendapat yang sudah terbuka ini sudah pasti akan mencacatkan persedian PAS untuk menharungi pilihanraya kecil Manek Urai bulan depan.

Nik Aziz seorang ulama dan amat berpengaruh untuk melakukan sesuatu berhubung dengan perkembangan ini dan jika sesuatu yang dilakukan Nik Aziz untuk merungkai permasaalahan ini diharap tidak lah nanti akan membuat biji mata penyokong PAS terbeliak. Jika tidak ini bermakna Nik Aziz masih tidak dapat menerima kenyataan kekalahan calon-calon PAS Kelantan pada muktamar lepas.

Dalam perjumpaan rahsia itu juga, Nik Aziz, Husam Musa dan Mat Sabu telah dikenal pasti akan mengetuai kumpulan ini dalam satu perumusan yang telah dicapai tentang perkara penghalangan cadangan kerajaan perpaduan ini.


dollah yankee- diharap perkembangan ini tidak akan memecahbelahkan parti macam yang dok jadi dalam umno.

No comments:

Post a Comment